Thursday, July 28, 2011

Durian oh Durian..

Hari ni aku nak cerita sikit pasal buah durian yang merupakan buah yang paling dimegahi di Malaysia ini khususnya. Musim durian yang bermula seawal bulan 5 sehingga bulan 7 menjadikan kawasan Semenanjung Malaysia khususnya daripada Perlis sehingga lah ke Johor berkenduri durian di samping memberi pendapatan sampingan kepada peniaga kecil.

Disebabkan aku lahir dan menetap di KL ini, aku tak pernah merasa memiliki walau sepohon pun pokok durian ni. Tapi Alhamdullilah setiap tahun pasti ada yang akan mengajak aku ke kebun durian mereka. Kadang2 segan juga sebab ikut2 kawan sampai tuan kebun pun aku tak kenal. Tapi dah rezeki kan. Sebat je la ye tak.

Tapi tahun ini istimewa sikit sebab aku diajak ke kebun durian yang betul2 dekat je dengan rumah aku di Wangsa Maju ni. Terkejut jugak sebab sepanjang aku duduk dekat sini baru aku tau dekat situ ada dusun durian. Tempat yang aku maksudkan adalah di Melawati berdekatan dengan Empangan Klang Gates. Mula-mula memang tak percaya tapi bila tgk dengan mata kepala sendiri baru aku tau walaupun dah berpuluh2 kali aku mandi sungai dekat sana.

Sebelum ni memang aku perasan ada pokok durian berdekatan dengan Empangan Klang Gates ni. Tapi cuma sebatang dua je la yang aku nampak. Tapi bila diajak masuk ke dalam kawasan hutan ni baru aku nampak. Rasanya lebih daripada 20-30 pokok ada di dusun ni. Tapi bukan sebarangan orang boleh masuk dusun ni. Kalau bukan orang kampung ni memang tak merasa la masuk beb. Aku pun hairan macam mana kawan aku boleh kenal tuan kebun ni. Rasanya orang Melawati sendiri tak kenal tuan kebun ni rasanya.

Sebab aku ikut kawan aku ni, dapat la merasa sebiji dua buah durian dan diorang bagi gak 3-4 biji buah seorang utk bawa balik. Memang rezeki sungguh dapat buah durian percuma ni. Walaupun aku tak kenal, terima kasih banyak la aku ucapkan kan tuan kebun ni. Aku doakan moga-moga Allah akan menambah rezeki yang halal kepada korang. Amin..




Banyak weh pokok diorang tanam.Puas aku makan durian hari tu.

Monday, July 18, 2011

Kg Semarak yang cuma tinggal kenangan

Siapa yg selalu ke Pusat Bandaraya atau KLCC dari Wangsa Maju pasti akan biasa melalui Jalan Semarak yang berdekatan dengan Sri Rampai dan Jalan Padang Tembak. Jalan ini merupakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan trafik yg dasyat di Jalan Ampang / Jelatek dan Jalan Pahang terutamanya. Tapi lama-kelamaan jalan ini pun menjadi sesak sehingga sekarang terutama di waktu puncak disebabkan jalannya yg kecil dan cuma memiliki 2 lorong sahaja.

Di sinilah terletaknya sebuah kampong melayu yg bernama Kg Semarak. Dinamakan kg setinggan oleh pihak kerajaan, kg ini merupakan sebuah penempatan melayu yg telah wujud dalam lebih kurang 30 lebih tahun yg lalu. Pada waktu itu, Wangsa Maju masih belum dibangunkan dan kawasan sekeliling kampong ini cuma dipenuhi dengan pokok getah, lombong bijih timah serta kampung2 kecil sahaja dan terdapat beberapa kem tentera yang diwujudkan di kawasan sekitar sini. Maklumlah sebelah hutan, kena lah jaga KL waktu tu. Tambah pula waktu darurat.

Kampong ini adalah sezaman dengan kampong2 melayu yg lain di KL seperti Kg Berembang dan Kg Bumiputra di mana ia wujud apabila terdapat pemindahan beramai-ramai penduduk ke Kuala Lumpur utk mencari rezeki. Ceritanya tak ubah mcm kisah filem Setinggan lakonan S.Shamsudin yg mengisahkan tentang pahit getir penduduk setinggan di Kuala Lumpur ini. Korang tgk la sendiri cerita tu. Aku nak cerita balik rasa malas la pulak. Dekat Youtube ada orang upload cerita tu tak salah aku. Layan jugak cerita tu. Lawak tgk si Sudin tu berlakon.

Setinggan (1981). Layan weh cerita ni.

Bila aku check Google, baru aku tau dulu nama kampong ni Kg Relawan. Tapi sepanjang aku duduk Wangsa Maju tak pernah pun aku ada kawan dekat kampong ni. Yg ada cuma dekat rumah PPR dekat sebelah kg ni je.Tidak seperti kg lain, Kg Semarak ini kelihatan agak tersusun berbanding dengan kg lain. Masa zaman aku belajar, aku selalu ulang alik dari Wangsa Maju - PJ lalu kampong ni. Maklumlah masa tu naik motor je. Lalu sini senang sikit nak mencilok. Tahun 2006 last aku jumpa kampong ni tak salah aku tapi takde la kisah sgt masa tu . Lepas tu bila aku lalu sini cuma tinggal runtuhan rumah je. Rasa macam lain je bila lalu jalan ni bila dah takda rumah kampung kiri kanan.

Tapi apa nak buat. Kena la bagi laluan demi pembangunan. Bila highway DUKE nak buat terpaksa la kampong kena roboh. Pernah masa aku lalu sini dulu aku tgk penduduk kampong ni berkumpul dekat tepi jalan sini. Ada tergantung banner tulis 'Allah selamatkanlah kampung ini'. Mungkin masa tu dah sampai masa nak roboh dan aku pun ada baca dalam suratkhabar tentang penduduk kampong ramai2 menentang pihak berkuasa hendak merobohkan rumah mereka. Rasa rugi pulak tak ambik gambar time tu tapi masa tu memang aku takde kamera pon. Tapi kesian la kt penduduk sini. Dah duduk lama last2 kena halau masuk rumah PPR. Tapi apa boleh buat kan..


Jalan Semarak. Dulu kiri kanan jalan penuh dengan kampung. Sekarang cuma tinggal semak samun sahaja menunggu utk dibangunkan. Tak salah aku dulu ada satu jambatan kat sini. Tapi sekarang dah takda dah. Agaknya sungai pun dah kena kambus kot.

Bekas kampong yang sekarang jadi kawasan rekreasi dan tempat DBKL tanam pokok. Entah apa jenis pokok pun aku taktau.

Surau yang masih tinggal tidak dirobohkan. Agaknya tak sampai hati nak roboh kot. Masih ada tertulis Kg Semarak dekat signboard surau ni.

Ada 3-4 lagi kampong melayu yg masih lagi wujud di Wangsa Maju ni. Antaranya adalah Kampong Wira Jaya di Taman Melati dan Kampong Puah di Gombak dekat2 dengan Sentul. Rasanya tak lama lah agaknya kampong tu. Semuanya atas nama pembangunan. Kasihan mereka..

Wednesday, July 13, 2011

Bersih 2.0: Who Cares?

9hb Julai 2011 mencatatkan satu lagi sejarah baru bagi warga kota Kuala Lumpur khususnya apabila NGO Bersih 2.0 telah melancarkan satu perhimpunan di Kuala Lumpur menuntut supaya pilihanraya dijalankan dengan adil dan bersih. Perhimpunan ini mendapat reaksi kerajaan dan parti politik di mana BN diketuai Pemuda UMNO dan NGO Perkasa menentang perhimpunan ini manakala gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat menyokong perhimpunan ini. Kerajaan pula menggunakan Pihak Berkuasa dan media untuk menghalang perhimpunan ini dijalankan dan pihak Istana pula dilihat tidak menyokong perhimpunan ini kerana dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara kepada negara.
Heboh abes 1 KL pasal perhimpunan Bersih 2.0 ni. Yang menyokong BN memang awal2 dah mencarut dekat penganjur perhimpunan ni. Yang menyokong Pakatan Rakyat bersemangat abes utk menyokong perhimpunan ini menentang kerajaan yang dikatakan tak bersih dalam pilihan raya. Yang berkecuali mengeluh kerana terpaksa meredah traffic jam apabila polis buat sekatan jalan dan banyak event terpaksa ditangguh di lain hari kerana perhimpunan Bersih ni.

Trafik sesak habis 2-3 hari sebelum perhimpunan Bersih.Semua cabut lari dari KL

Maka pada hari yang bersejarah tu, aku pon turun untuk melihat samada perhimpunan ni berjaya ke tak. Mula2, aku ke Kg Baru tapi sebab semua jalan ke Kg Baru tutup maka aku pon beralih ke Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan yg paling sibuk dan meriah di KL ni abes tutup mcm cuti Hari Raya Aidilfitri. Semua kedai tutup dan cuma 1-2 kedai kt blakang2 yg brani bukak. Teringat mcm cerita Hartal oleh Fahmi Reza tu. Di sini kelihatan beberapa kumpulan sudah menunggu utk ke perhimpunan Bersih tetapi Polis dah menutup Jalan ke Sogo menghala ke Dataran Merdeka tempat dijangka akan berlaku perhimpunan. Sempat jugak rakam aksi Polis berarak menghalau crowd yang takde la byk sgt berhimpun. Aku duk blakang2 je la takut nti dengan aku2 kne hayun.Crowd yang dihalau pon berundur balik ke Jalan Haji Taib. Aku pulak sebab tgk mcm tak jadi je perhimpunan ni pon last2 start motor pergy ronda kawasan lain.
Habis semua kedai tutup dan jalan lengang habis.Rasa mcm cuti raya je kan.

Crowd mula berkumpul di Jalan TAR tapi tiada guider utk ke Perhimpunan menyebabkan mereka cuma berkumpul sahaja di sini.Jalan ke Dataran Merdeka melalui SOGO pun dah kena tutup. Last2 FRU dtg halau semua org.

Semasa meronda aku tgk jalan abes lengang dan semua kedai tutup. Aku rase mcm perhimpunan tak jadi tapi aku ronda2 gak di kawasan KL ni. Sampai di Menara Maybank simpang 3 ke Pudu Raya baru la aku tgk 1 group berarak . Apa lagi aku pon parking la motor aku dan teros merakam video. Rupanya memang perhimpunan ni jadi jugak. Crowd dalam lingkungan 50-100 org berarak sambil melaungkan "Hidup Bersih", "Hidup Rakyat" dan "Tolak Kezaliman" berhenti betol2 depan Menara Maybank. Tak lama lepas tu datang lagi 2-3 group dari arah Masjid Jamek. Baru aku tau rupa-rupanya diorang dah pasang siap2 marsyal utk conduct perhimpunan ni. Diorang dah riki abes jalan mana ada roadblock jalan mana yg clear.Aku pon pelik sebab punya la banyak roadblock kat KL ni tapi bley pulak crowd dalam jumlah beribu-ribu orang berkumpul.
Entah mana datang tiba2 penuh orang berkumpul dekat Menara Maybank ni.

Kumpulan demi kumpulan datang dari pelbagai arah menuju ke Menara Maybank. Pakai GPS apa diorang ni. Camna boleh lepas roadblock Polis pun aku taktau.

Mcm2 orang aku jumpa dalam perhimpunan ni. Ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Sikh, ada orang tua, ada budak sekolah, ada remaja, ada budak Universiti, ada yg pakai serban, ada yg pakai seksi, ada yg pakai mcm dak punk,ada yg pakai kot siap necktie, ada yg bawak basikal, ada yg bawak motor, ada yg bwk kamera dari besar handphone sampai la besar gedabak. Terkejut pulak aku tgk sebab takda dominasi kaum atau peringkat dalam perhimpunan ni. Betol2 terancang abes la planning diorang buat sebelum ni utk jayakan perhimpunan ni walaupon polis dah bagi warning awal2.
India Cina Melayu pun join rally ni.Sori uncle saya pinjam muka buat post dekat blog.

Seperti dijangkakan, polis dan FRU pon datang la 'melawat' ke perhimpunan Bersih ni. Tanpa banyak soal, terus disembur air asid dengan gas pemedih mata pada peserta di samping anggota polis yang telah bersedia dgn gari plastik hendak menangkap peserta-peserta ni. Walaupun aku duduk blakang2, penangan gas dan air tetap aku dapat rasa. Pedih gila tekak aku dgn 1 badan disembur dgn gas dan air polis ni. Mula2 aku mintak sorg brader tu air dgn garam sket sebab aku tgk dia bawak mcm byk je.Tanpa disangka, seorang cina dan india menawarkan garam dan air dkt aku pulak. Siap tanye aku ok ke tak masa tu. Agak terkejut jugak sebab sebelum ni paham2 la 2 bangsa ni kalau xde kepentingan memang langsi abes la dgn aku. Tau2 mcm kawan baik pulak diorg offer aku. Tanpa rasa malu, aku pon terima tawaran tu sambil berfikir rupa-rupanya inilah hikmah di sebalik perhimpunan ni. Melayu, cina dan india hilang perasaan rasis dan sama-sama menolong antara satu sama lain. Kan bagus kalau real life macam ni selalu. Dah tentu KL ni bertambah2 harmoni dan aman gamaknye.


Sembur air tak jalan sembur gas la pulak.Helikopter ni turun dekat je dengan crowd.aku igt sebab apa. Rupanya nak sebarkan gas dengan angin helikopter ni. Pedih muka aku kena asap weh.

Walaupon polis bertindak agak violence masa perhimpunan tu, tapi aku still kesian dekat abg2 polis yg terpaksa standby seminggu sebelum perhimpunan Bersih ni. Bukan calang2 tapi seluruh polis di setiap negeri dikerah utk kerja mengawal Bandaraya Kuala Lumpur ni. Banyak aktiviti kemasyarakatan yg melibatkan polis terpaksa ditangguh disebabkan perhimpunan ni. Dah la kena jaga dan standby,kena maki hamun pulak dengan crowd.Ada satu brader ni aku tgk selamba dia sound 'Polis Bodoh!', 'Tak guna punya polis!' dan byk lagi la makian2 yg aku rasa tak sesuai ditaip di dalam blog ni. Ada pakcik tu siap ajak ramai2 belasah balik polis FRU tu.Fuhh..tak padan dengan pakcik tapi perangai mengalahkan orang muda. Sebenarnya abg2 polis ni cuma ikut arahan dan buat kerja diorang je. Kalau diorang tak garang mcm mana org nak hormat polis. Dah la kena berjaga lebih 48 Jam. Makan pon cuma nasik bungkus je. Bila buat kerja diorg abes dituduh polis ni ganas lah, tak berperikemanusiaan lah. Dekat Youtube, Facebook, Twitter dan pelbagai blog2 duk mengata polis mcm2. Kasihan lah pada mereka.Mereka pon manusia jugak.Kalau ada salah tu maafkan lah mereka. Korang pon yg duk rajin nak pergi perhimpunan ni sape suroh. Cuba duk buat kerja lain sure tak kena punya lah.

Polis pon satu. Dah tau diorang ni kepala batu lagi nak menghalang diorang buat apa. Sepatutnya bagi je la diorang berhimpun ye tak. Diorang memang nak berhimpun di KL dan tamau di tempat lain hatta di Petaling Jaya atau Shah Alam sekalipon kerana diorang tau kalau buat tempat2 gitu dah tentu tak ramai yg pergi. Sebenarnya sebarang provokasi, penjatuhan imej negara di kalangan media asing, kerugian ekonomi ni sebenarnya boleh dielakkan tanpa perlu mengharamkan perhimpunan ni. Cuma tempat tu je nak kena diadjust sikit. Ni adalah cadangan aku utk tempat yg sesuai untuk berhimpun kalau ada mana2 group yg ingin berhimpun lagi di KL lepas ni:

Kawasan Perkuburan Jalan Ampang

Tempat ini memang betol2 strategik di mana jarak antara kawasan perkuburan dengan KLCC cuma berjarak beberapa ratus meter sahaja. Dari sini boleh lah para peserta perhimpunan melihat Lebuh Raya Akleh terletak cuma seberang sahaja daripada kawasan perkuburan. Di sini selain bersorak menuntut apa yg dihajati, peserta Islam khususnya bolehlah menyedekahkan Al-Fatihah dan Yassin kepada ahli2 kubur di kawasan ini. Selain menimbulkan keinsafan, mereka juga boleh menjalankan gotong royong membersihkan kubur dan menziarah kubur sanak saudara atau kubur seniman terulung P. Ramlee dan kubur pembuka Kuala Lumpur yg dikenali sebagai Sutan Puasa yg disemadikan di kawasan kubur ini. Bagi yg bukan beragama Islam, mereka bolehlah berhimpun di SJK(C) Lai Meng yang terletak berhadapan sahaja dengan kawasan perkuburan. Di sini mereka boleh mengadakan ceramah, bersorak2 ataupun berniaga di samping bersama pihak sekolah bergotong royong membersihkan kawasan sekolah. Mereka juga boleh membawa anak2 masing di mana pihak sekolah boleh menyediakan kawasan khusus utk para kanak-kanak ini dijaga dengan selamat.
Di sini kalau buat perhimpunan sure masuk TV punya lah. Silap2 bley masukMalaysian Book of Record tu.
Yang bukan islam boleh la berhimpun dekat sini. Padang dia luas gak.cukup la kalau nk 1000 orang gitu. Pandai2 la adjust dengan guru besar ye tak.

Padang Golf Royal Selangor, Jalan Tun Razak.
Antara tempat yg sangat strategik di KL, Padang Golf ni cuma terletak di sebelah Jalan Tun Razak sahaja dan berjarak cuma 2km sahaja daripada KLCC dan Bukit Bintang. Padang seluas entah berapa hektar ini boleh memuatkan sekurang-kurangnya 100,000 orang dan sangat sesuai untuk apa-apa jenis perhimpunan di sini. Pihak penganjur cuma perlu mendapatkan kebenaran tuan tanah dan membayar sedikit saguhati dan mereka semua akan selamat untuk berhimpun di sini.
Lokasi yang dekat dengan KLCC dan cuma sebelah je dengan Jalan Tun Razak. Senang nak pergi senang nak balik kan.
Kan luas padang golf ni. Setakat 20,000 orang tu takde hal lah.

Tebing Sungai Gombak / Sungai Klang.

Kawasan ini merupakan antara kawasan yang paling strategik sekali di Kuala Lumpur. Dengan menaiki LRT / Putra Masjid Jamek, peserta boleh turun ke kawasan tebing di sekeliling Masjid Jamek Kuala Lumpur. Di sini sgt sesuai utk berhimpun memandangkan tebing ini memanjang terus daripada Pusat Bandaraya Kuala Lumpur sehingga ke Brickfields. Mereka boleh lah berarak di sepanjang sungai dan para2 marsyal, pihak Bomba, JPAM dan PBSM boleh mengawal crowd daripada terjatuh ke dalam sungai dan menjaga keselamatan peserta2 terbabit. Ahli pencinta sungai juga boleh menyertai perhimpunan ini dan memantau sebarang pencemaran sungai yg mungkin disebabkan oleh peserta perhimpunan.

Panjang tebing ni anggaran nak dekat 8 kilometer la kalau mula dari Masjid Jamek ni sampai Brickfield ni. Tapi setakat sampai Pasar Seni tu ok la. Boleh tgk2 grafiti dekat sana.LRT pon dekat nak balik.

Dengan tempat2 yg aku cadangkan ini, sudah tentu pihak polis boleh menjimatkan penggunaan anggota, kawalan trafik tidak terjejas,peniaga tidak rugi dan sudah tentunya akan menarik pelancong2 asing datang melihat tanpa kerugian kepada negara. Selepas ini tiada lagi alasan nak berhimpun atau menghalang berhimpun sebab setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya dan kalau tiada jalan penyelesaiannya maka pandai-pandailah utk tidak menyusahkan orang.

Wednesday, July 6, 2011

Jalan Genting Klang, Setapak


Jalan Genting Klang, Setapak.

Di dalam post ini, aku nak cerita sikit pasal Jalan Genting Klang dekat Setapak,KL ni. Jalan ni takde la famous la sangat kalau nak dibandingkan dengan jalan lain tapi disebabkan blog ni adalah menceritakan tentang Wangsa Maju maka aku pun mahu la cerita sikit pasal jalan ni.


Jalan Genting Klang (JGK) ni adalah antara jalan yang paling sibuk kt Wangsa Maju ni disebabkan lokasi jalan ni yang merupakan laluan utama untuk ke Pusat Bandaraya (kalau ikut signboard) dan juga laluan hendak ke MRR2, Gombak dan highway Duke. Asal nama jalan ni agak kabur sebab aku takda hitam putih pasal sejarah jalan ni mahupun pelan asal jalan ni. Tapi kalau ikut cerita orang2 sini, asal nama jalan ni adalah Jalan Genting Highlands - Ulu Klang tapi entah camne tau2 dah jadi nama macam kt tajuk post aku. Kalau ikut kata diorang, logik la jugak sebab memang jalan ni mengarah ke gombak dan boleh ke genting terus. Masa tu agaknya takde lagi highway Karak dgn MRR2 jadi orang sini nak gy genting kena lalu jalan ni ye x. Tapi tu citer je la. Kalau tipu dia aku tipu korang gak la sebab aku pon da kena tipu.

Jalan Genting Klang. Dulu cuma 2 lane je tanpa ada pembahagi jalan di tengah2. Sekarang dah macam highway pon ada. Makin senang nak merempit seh.
Salah satu kedai mamak atau mapley di Jalan Genting Klang. Lama dah mapley ni wujud. Masa aku kecik2 lagi dah ada.

Kalau sesiapa yang igt atau pernah join aktiviti merempit dulu2 mesti familiar la dengan jalan ni. Disebabkan jalan ni banyak jalan dalam nak melarikan diri dikejar bond maka sudah tentu jalan ni antara faveret untuk dilalui oleh perempit2 ni di samping jalan paling dekat hendak ke Dataran Merdeka.Maka berderum la para-para perempit ini di kala malam minggu merempitkan diri di jalan ini pada waktu malam.
Disebabkan lokasi balai polis ni menghadap jalan utama iaitu Jalan Genting Klang,maka mereka buat roadblock depan balai jel a. Sapa yang kena tahan teros masok balai senang citer.

Bagi yang gila dota gamerz pun mesti tau jalan ni sebab dekat area jalan ni memang penoh dgn cybercafe. Juga jalan ini menghala ke Seksyen 2 di mana syurga kepada para dota gamerz sejati yang tidak mengira bangsa atau umur tetapi mementingkan wang di dalam dompet anda. Aku pon pernah terjebak dalam dunia gamerz ni tapi takde la hardcore sgt. Memang berhantu betol game tu. Sampai orang dari Klang, Subang, PJ, Ampang, Shah Alam dan seluruh KL ni la turun sini nak main dota punya pasal.Mungkin tak lama lagi boleh la Menteri Sukan ke Menteri Pelancongan declare kawasan Wangsa Maju ni Zon Dota. Silap2 sampai orang Amerika pon nanti maen dota dkt sini.
Pakej Lengkap CC dengan Mapley. Lepas Dota teros lepak Mapley. Balik rumah gigit jari duet abes.

Selain itu, jalan ini juga terkenal di kalangan penjual2 kereta terpakai, tuan lori2 dari sebesar kereta sampai lah sebesar 24 biji tayar disebabkan terdapat JPJ dan Puspakom yang berada di lokasi ini. Kalau hari biasa boleh lah tgk beratur panjang gila lori2 nak masuk buat pemeriksaan puspakom. Tambah pulak sebelah dengan JPJ.Memang la senang diorang nak buat road tax ye tak. Tu belom masuk nak bayar saman JPJ lagi tu. Syukur aku tak pernah kena saman JPJ. Mintak2 jangan la kena weh.Aku pun pernah pergi sini ikut kawan aku ambil geran motor dia dekat sini. Penuh ulat2 la dekat kawasan bangunan JPJ ni. Baru nak masuk mcm2 dia tanya. Macam kaunter tiket bas puduraya pulak aku tgk. Biasa la berurusan dengan gomen ni banyak kerenah birokrasi sgt. Tu yg diorang amek kesempatan. Zaman skarang mcm2 cara nak buat duit eh.

JPJ dan Puspakom. Kombinasi yang terbaik dan menyenangkan orang yg nak jual kereta terpakai dan tuan punya lori dan treler.

Dekat jalan ni jugak, ada 3 jenis sekolah yg ketiga-tiga nya adalah berbeza. Antaranya adalah Sekolah Teknik Setapak, Sekolah Menengah ERT Setapak dan satu lagi Sekolah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak. Bagi yg ex Sekolah sini mesti la tau pasal jalan ni. Aku tak sekolah sini jadi takde la aku nk komen banyak. Cuma saja aku bgtau sebab bangunan sekolah dia da ada kt jalan ni jadi kena la tulis ye tak.
3 sekolah berlainan jenis.Tak pernah merasa masuk sekolah2 ni. Tapi sekolah yg paling special adalah sekolah cacat penglihatan. Yg buta pon pergi sekolah. Yg tak buta sebok nak ponteng sekolah.

Dulu dekat sini ada banyak kg setinggan dekat2 dengan jalan ni. Biasa la mase tu belom membangun lagi kawasan Setapak ni. Tapi sekarang suma dah pindah dah dekat Rumah Flat DBKL. Harga hartanah sini jgn memain woo.Mau makan berjuta beb. Tak percaya korang check la dekat Google, Mudah.my atau mana-mana ejen hartanah. Kondo 20 tingkat harga je dah 300k beb. Sebab tu pemaju sanggup bayar pampasan dekat org kg setinggan ni. Memang membangun habis la kawasan ni.
Antara bekas peninggalan rumah setinggan berdekatan Jalan Genting Klang.Tak lama nanti naik la kondo kawasan ni.
Salah satu flat pemindahan setinggan di Jalan Genting Klang
Aku igt Columbia ni filem Hollywood.Rupanya hospital pon dia ada.Dasat2.
Pembangunan baru di kawasan Jalan Genting Klang. Kondo dengan rumah flat dekat2 je.Gigit jari je orang rumah flat tu tgk kondo.

Tapi sayang kat sini kedai Melayu tak banyak yg ada. Gerai2 makan melayu pon cuma tinggal berapa kerat je. Dominasi cina dgn mamak india memang betol2 conquer abes la kawasan ni. Tapi apa nak buat. Dah diorang kaya. Kita orang melayu ni apa lah yg boleh buat. Nak beli tak mampu, berniaga tepi jalan kena belasah. Jadi pandang je la.Harap2 satu hari nanti kawasan Jalan Genting Klang ni akan jadi kawasan melayu balik satu hari nanti. Bukan cuma kawasan melayu di rumah2 PPR je.
Nasib bangsa melayu yang hanya mampu meniaga di tepi-tepi jalan sahaja.
Salah satu pemandangan di Pekan Setapak, Jalan Genting Klang. Kelihatan dominasi perniagaan dimiliki oleh kaum cina.