9hb Julai 2011 mencatatkan satu lagi sejarah baru bagi warga kota Kuala Lumpur khususnya apabila NGO Bersih 2.0 telah melancarkan satu perhimpunan di Kuala Lumpur menuntut supaya pilihanraya dijalankan dengan adil dan bersih. Perhimpunan ini mendapat reaksi kerajaan dan parti politik di mana BN diketuai Pemuda UMNO dan NGO Perkasa menentang perhimpunan ini manakala gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat menyokong perhimpunan ini. Kerajaan pula menggunakan Pihak Berkuasa dan media untuk menghalang perhimpunan ini dijalankan dan pihak Istana pula dilihat tidak menyokong perhimpunan ini kerana dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara kepada negara.
Heboh abes 1 KL pasal perhimpunan Bersih 2.0 ni. Yang menyokong BN memang awal2 dah mencarut dekat penganjur perhimpunan ni. Yang menyokong Pakatan Rakyat bersemangat abes utk menyokong perhimpunan ini menentang kerajaan yang dikatakan tak bersih dalam pilihan raya. Yang berkecuali mengeluh kerana terpaksa meredah traffic jam apabila polis buat sekatan jalan dan banyak event terpaksa ditangguh di lain hari kerana perhimpunan Bersih ni.
Trafik sesak habis 2-3 hari sebelum perhimpunan Bersih.Semua cabut lari dari KL
Maka pada hari yang bersejarah tu, aku pon turun untuk melihat samada perhimpunan ni berjaya ke tak. Mula2, aku ke Kg Baru tapi sebab semua jalan ke Kg Baru tutup maka aku pon beralih ke Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan yg paling sibuk dan meriah di KL ni abes tutup mcm cuti Hari Raya Aidilfitri. Semua kedai tutup dan cuma 1-2 kedai kt blakang2 yg brani bukak. Teringat mcm cerita Hartal oleh Fahmi Reza tu. Di sini kelihatan beberapa kumpulan sudah menunggu utk ke perhimpunan Bersih tetapi Polis dah menutup Jalan ke Sogo menghala ke Dataran Merdeka tempat dijangka akan berlaku perhimpunan. Sempat jugak rakam aksi Polis berarak menghalau crowd yang takde la byk sgt berhimpun. Aku duk blakang2 je la takut nti dengan aku2 kne hayun.Crowd yang dihalau pon berundur balik ke Jalan Haji Taib. Aku pulak sebab tgk mcm tak jadi je perhimpunan ni pon last2 start motor pergy ronda kawasan lain.
Habis semua kedai tutup dan jalan lengang habis.Rasa mcm cuti raya je kan.
Crowd mula berkumpul di Jalan TAR tapi tiada guider utk ke Perhimpunan menyebabkan mereka cuma berkumpul sahaja di sini.Jalan ke Dataran Merdeka melalui SOGO pun dah kena tutup. Last2 FRU dtg halau semua org.
Semasa meronda aku tgk jalan abes lengang dan semua kedai tutup. Aku rase mcm perhimpunan tak jadi tapi aku ronda2 gak di kawasan KL ni. Sampai di Menara Maybank simpang 3 ke Pudu Raya baru la aku tgk 1 group berarak . Apa lagi aku pon parking la motor aku dan teros merakam video. Rupanya memang perhimpunan ni jadi jugak. Crowd dalam lingkungan 50-100 org berarak sambil melaungkan "Hidup Bersih", "Hidup Rakyat" dan "Tolak Kezaliman" berhenti betol2 depan Menara Maybank. Tak lama lepas tu datang lagi 2-3 group dari arah Masjid Jamek. Baru aku tau rupa-rupanya diorang dah pasang siap2 marsyal utk conduct perhimpunan ni. Diorang dah riki abes jalan mana ada roadblock jalan mana yg clear.Aku pon pelik sebab punya la banyak roadblock kat KL ni tapi bley pulak crowd dalam jumlah beribu-ribu orang berkumpul.
Entah mana datang tiba2 penuh orang berkumpul dekat Menara Maybank ni.
Kumpulan demi kumpulan datang dari pelbagai arah menuju ke Menara Maybank. Pakai GPS apa diorang ni. Camna boleh lepas roadblock Polis pun aku taktau.
Mcm2 orang aku jumpa dalam perhimpunan ni. Ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Sikh, ada orang tua, ada budak sekolah, ada remaja, ada budak Universiti, ada yg pakai serban, ada yg pakai seksi, ada yg pakai mcm dak punk,ada yg pakai kot siap necktie, ada yg bawak basikal, ada yg bawak motor, ada yg bwk kamera dari besar handphone sampai la besar gedabak. Terkejut pulak aku tgk sebab takda dominasi kaum atau peringkat dalam perhimpunan ni. Betol2 terancang abes la planning diorang buat sebelum ni utk jayakan perhimpunan ni walaupon polis dah bagi warning awal2.
India Cina Melayu pun join rally ni.Sori uncle saya pinjam muka buat post dekat blog.
Seperti dijangkakan, polis dan FRU pon datang la 'melawat' ke perhimpunan Bersih ni. Tanpa banyak soal, terus disembur air asid dengan gas pemedih mata pada peserta di samping anggota polis yang telah bersedia dgn gari plastik hendak menangkap peserta-peserta ni. Walaupun aku duduk blakang2, penangan gas dan air tetap aku dapat rasa. Pedih gila tekak aku dgn 1 badan disembur dgn gas dan air polis ni. Mula2 aku mintak sorg brader tu air dgn garam sket sebab aku tgk dia bawak mcm byk je.Tanpa disangka, seorang cina dan india menawarkan garam dan air dkt aku pulak. Siap tanye aku ok ke tak masa tu. Agak terkejut jugak sebab sebelum ni paham2 la 2 bangsa ni kalau xde kepentingan memang langsi abes la dgn aku. Tau2 mcm kawan baik pulak diorg offer aku. Tanpa rasa malu, aku pon terima tawaran tu sambil berfikir rupa-rupanya inilah hikmah di sebalik perhimpunan ni. Melayu, cina dan india hilang perasaan rasis dan sama-sama menolong antara satu sama lain. Kan bagus kalau real life macam ni selalu. Dah tentu KL ni bertambah2 harmoni dan aman gamaknye.
Sembur air tak jalan sembur gas la pulak.Helikopter ni turun dekat je dengan crowd.aku igt sebab apa. Rupanya nak sebarkan gas dengan angin helikopter ni. Pedih muka aku kena asap weh.
Walaupon polis bertindak agak violence masa perhimpunan tu, tapi aku still kesian dekat abg2 polis yg terpaksa standby seminggu sebelum perhimpunan Bersih ni. Bukan calang2 tapi seluruh polis di setiap negeri dikerah utk kerja mengawal Bandaraya Kuala Lumpur ni. Banyak aktiviti kemasyarakatan yg melibatkan polis terpaksa ditangguh disebabkan perhimpunan ni. Dah la kena jaga dan standby,kena maki hamun pulak dengan crowd.Ada satu brader ni aku tgk selamba dia sound 'Polis Bodoh!', 'Tak guna punya polis!' dan byk lagi la makian2 yg aku rasa tak sesuai ditaip di dalam blog ni. Ada pakcik tu siap ajak ramai2 belasah balik polis FRU tu.Fuhh..tak padan dengan pakcik tapi perangai mengalahkan orang muda. Sebenarnya abg2 polis ni cuma ikut arahan dan buat kerja diorang je. Kalau diorang tak garang mcm mana org nak hormat polis. Dah la kena berjaga lebih 48 Jam. Makan pon cuma nasik bungkus je. Bila buat kerja diorg abes dituduh polis ni ganas lah, tak berperikemanusiaan lah. Dekat Youtube, Facebook, Twitter dan pelbagai blog2 duk mengata polis mcm2. Kasihan lah pada mereka.Mereka pon manusia jugak.Kalau ada salah tu maafkan lah mereka. Korang pon yg duk rajin nak pergi perhimpunan ni sape suroh. Cuba duk buat kerja lain sure tak kena punya lah.
Polis pon satu. Dah tau diorang ni kepala batu lagi nak menghalang diorang buat apa. Sepatutnya bagi je la diorang berhimpun ye tak. Diorang memang nak berhimpun di KL dan tamau di tempat lain hatta di Petaling Jaya atau Shah Alam sekalipon kerana diorang tau kalau buat tempat2 gitu dah tentu tak ramai yg pergi. Sebenarnya sebarang provokasi, penjatuhan imej negara di kalangan media asing, kerugian ekonomi ni sebenarnya boleh dielakkan tanpa perlu mengharamkan perhimpunan ni. Cuma tempat tu je nak kena diadjust sikit. Ni adalah cadangan aku utk tempat yg sesuai untuk berhimpun kalau ada mana2 group yg ingin berhimpun lagi di KL lepas ni:
Kawasan Perkuburan Jalan Ampang
Tempat ini memang betol2 strategik di mana jarak antara kawasan perkuburan dengan KLCC cuma berjarak beberapa ratus meter sahaja. Dari sini boleh lah para peserta perhimpunan melihat Lebuh Raya Akleh terletak cuma seberang sahaja daripada kawasan perkuburan. Di sini selain bersorak menuntut apa yg dihajati, peserta Islam khususnya bolehlah menyedekahkan Al-Fatihah dan Yassin kepada ahli2 kubur di kawasan ini. Selain menimbulkan keinsafan, mereka juga boleh menjalankan gotong royong membersihkan kubur dan menziarah kubur sanak saudara atau kubur seniman terulung P. Ramlee dan kubur pembuka Kuala Lumpur yg dikenali sebagai Sutan Puasa yg disemadikan di kawasan kubur ini. Bagi yg bukan beragama Islam, mereka bolehlah berhimpun di SJK(C) Lai Meng yang terletak berhadapan sahaja dengan kawasan perkuburan. Di sini mereka boleh mengadakan ceramah, bersorak2 ataupun berniaga di samping bersama pihak sekolah bergotong royong membersihkan kawasan sekolah. Mereka juga boleh membawa anak2 masing di mana pihak sekolah boleh menyediakan kawasan khusus utk para kanak-kanak ini dijaga dengan selamat.
Di sini kalau buat perhimpunan sure masuk TV punya lah. Silap2 bley masukMalaysian Book of Record tu.
Yang bukan islam boleh la berhimpun dekat sini. Padang dia luas gak.cukup la kalau nk 1000 orang gitu. Pandai2 la adjust dengan guru besar ye tak.
Padang Golf Royal Selangor, Jalan Tun Razak.
Antara tempat yg sangat strategik di KL, Padang Golf ni cuma terletak di sebelah Jalan Tun Razak sahaja dan berjarak cuma 2km sahaja daripada KLCC dan Bukit Bintang. Padang seluas entah berapa hektar ini boleh memuatkan sekurang-kurangnya 100,000 orang dan sangat sesuai untuk apa-apa jenis perhimpunan di sini. Pihak penganjur cuma perlu mendapatkan kebenaran tuan tanah dan membayar sedikit saguhati dan mereka semua akan selamat untuk berhimpun di sini.
Lokasi yang dekat dengan KLCC dan cuma sebelah je dengan Jalan Tun Razak. Senang nak pergi senang nak balik kan.
Kan luas padang golf ni. Setakat 20,000 orang tu takde hal lah.
Tebing Sungai Gombak / Sungai Klang.
Kawasan ini merupakan antara kawasan yang paling strategik sekali di Kuala Lumpur. Dengan menaiki LRT / Putra Masjid Jamek, peserta boleh turun ke kawasan tebing di sekeliling Masjid Jamek Kuala Lumpur. Di sini sgt sesuai utk berhimpun memandangkan tebing ini memanjang terus daripada Pusat Bandaraya Kuala Lumpur sehingga ke Brickfields. Mereka boleh lah berarak di sepanjang sungai dan para2 marsyal, pihak Bomba, JPAM dan PBSM boleh mengawal crowd daripada terjatuh ke dalam sungai dan menjaga keselamatan peserta2 terbabit. Ahli pencinta sungai juga boleh menyertai perhimpunan ini dan memantau sebarang pencemaran sungai yg mungkin disebabkan oleh peserta perhimpunan.
Panjang tebing ni anggaran nak dekat 8 kilometer la kalau mula dari Masjid Jamek ni sampai Brickfield ni. Tapi setakat sampai Pasar Seni tu ok la. Boleh tgk2 grafiti dekat sana.LRT pon dekat nak balik.
Dengan tempat2 yg aku cadangkan ini, sudah tentu pihak polis boleh menjimatkan penggunaan anggota, kawalan trafik tidak terjejas,peniaga tidak rugi dan sudah tentunya akan menarik pelancong2 asing datang melihat tanpa kerugian kepada negara. Selepas ini tiada lagi alasan nak berhimpun atau menghalang berhimpun sebab setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya dan kalau tiada jalan penyelesaiannya maka pandai-pandailah utk tidak menyusahkan orang.
No comments:
Post a Comment