Street art atau seni jalanan merupakan salah satu daripada fenomena
kreatif yang telah lama muncul di Kuala Lumpur sejak dari awal tahun 2000 lagi.
Dikenali juga sebagai graffiti, seni
jalanan yang menggunakan cat sembur atau spray painting ini memperlihatkan
kreativiti anak muda yang menggunakan tempat awam sebagai kanvas seni mereka. Walaupun
pada awalnya disalaherti sebagai kegiatan vandalisme dan merosakkan tempat
awam, fenomena street art ini kini
mula diterima oleh orang awam dan kerajaan sebagai salah satu daripada ikon
seni yang membantu mencantikkan lagi pemandangan
bandar di samping menarik perhatian para pelancong asing dan domestik untuk
melihat karya kreatif ini.
Di Wangsa Maju ini juga tidak
terkecuali di dalam fenomena street art
ini. Di bawah ini merupakan karya street art yang boleh dijumpai di sekitar
kawasan Wangsa Maju.
Street Art yang ditemui di Seksyen 4, Wangsa Maju (berhadapan Kedai Rakyat 1 Malaysia)
Street Art yang ditemui di padang permainan di Taman Wangsa Ceria, Wangsa Melawati
Street Art yang ditemui di padang permainan di Taman Wangsa Ceria, Wangsa Melawati (2)
Street Art yang ditemui di padang permainan di Taman Wangsa Ceria, Wangsa Melawati (3)
Nak info Ada street art di sepanjang dinding kawasan Taman Bunga Raya, nak menghala ke klang gate.
ReplyDelete