Bazar Ramadhan adalah sesuatu yg sangat sinonim dengan kita di waktu bulan Ramadhan ini. Ibarat pasar malam, di waktu inilah tukang masak - tukang masak tempatan menonjolkan kemahiran mereka di samping membantu peniaga kecil meningkatkat pendapatan mereka. Bak kata seorang Ustaz dari Kg. Baru, di bulan ramadhan inilah kita akan berjumpa dengan makanan yang tak pernah kita jumpa di waktu bulan biasa. Memang betul apa yg ustaz tu cakap. Setiap tahun bulan puasa pasti aku akan jumpa makanan2 yg pelik di bazar ramadhan ni.
Tetapi sebagai peringatan kepada pembeli, berwaspada dan pastikan makanan selamat untuk dimakan sebelum dibeli. Baru-baru ini di Klang, seorang budak perempuan telah meninggal dunia akibat keracunan makanan akibat daripada jangkitan taun. Penyakit taun ini kalau ikut apa yang doktor cakap, siapa yg penah terkena sah2 korang dah termakan najis dia. Penyakit ini rasanya dah lama silent tapi bila ada yg dah terkena maka kenalah berjaga-jaga kalau beli makanan luar.
Ada beberapa petua utk memastikan makanan yg korang nak beli tu selamat atau tidak iaitu:
- Bakteria pembawa penyakit sakit perut ini memerlukan suhu yg sesuai dan tempoh masa tertentu utk membiakkan penyakit. Jadi pastikan makanan itu dimasak atau dipanaskan depan mata korang. Kalau boleh mintadia masak baru je senang.
- Tgk pengendali makanan tu sendiri. Kalau dia tak pakai apron dengan tutup kepala, cari je la gerai lain. Kita tak tau baju dia tu dah pergi mana sebelum ni. Entah pakai baju 3 hari tak basuh terus masak pun kita taktau. Kalau tak pakai tudung tu pon kena jaga2. Nanti balik korang menyumpah pulak makan berlauk rambut.
- Elakkan beli lauk-pauk yang sudah tersedia. Ini pernah didedahkan oleh Ustaz di Kg Baru di mana beliau melihat sendiri kebanyakan lauk-pauk ini sudah dimasak dari awal pagi lagi. Tapi kalau korang rasa nak flushing perut tu ok la kot. Sekali sekala nak merasa cirit birit apa salahnya ye tak.
- Beli air bungkus yang dijamin sudah dimasak seperti air soya. Kebanyakan penjual ini menggunakan air paip yg tidak dimasak utk menjimatkan kos. Susah-susah korang beli air tin atau air kotak je senang.
- Tgk lokasi tapak pasar juadah. pastikan tapak pasar juadah berada jauh dari jalan utama. Nanti tak pasal2 ada yg makan makanan perisa asap kereta takpun berlaukkan pasir-pasir dan batu-batu tepian jalan.
Ini adalah sedikit sebanyak tips yg aku dapat sendiri daripada Pejabat Kesihatan Daerah. Tak banyak pun tips dia. Tapi seeloknya masak la sendiri kan. Sudah tentu terjamin kebersihan dan kalau kotor pun sudah tentu terjamin angkara korang. Lagipun masak sendiri lebih menjimatkan di kala zaman semua benda sudah naik harga ini. Tapi semuanya di tangan korang lah. Pilih lah sendiri mana satu yg korang suka.
Gambar ni adalah salah satu daripada pasar juadah yg ada kat Wangsa Maju ini iaitu di Sri Rampai dan Setiawangsa. Meriah gila tapi taktau apa yg menarik orang ramai di sini. Pertama kali aku tgk orang beratur panjang nak beli popia basah, murtabak dengan roti bom. Bukan makanan ni bulan biasa pun boleh dapat ke.
Huh..tak paham aku..
No comments:
Post a Comment