Salam Aidilfitri ke atas pembaca blog aku yang tak seberapa ini samada yang mengikuti blog ini mahu pun yang tersesat masuk ke blog aku ni. Di hari yang mulia ini, aku ingin sekali memohon maaf zahir dan batinatas segala kesilapan dan kesalahan kepada pembaca sekalian dan juga kepada rakan-rakan aku sekalian sekiranya ada terkasar bahasa ataupun tersinggung hati atas post-post aku sebelum ini. Sebaiknya jangan lah kita terlalu berdendam dan sesekali tunjukkanlah sedikit kemaafan di dalam diri kita ini. Sesungguhnya kita semua makhluk yg lemah dan sering melakukan kesilapan samada sedar atau tidak termasuklah aku yang tak seberapa ni.
Raya tahun ni aku lihat sudah mula ramai yg beraya di Wangsa Maju ini. Mungkin kerana Wangsa Maju ini sudah mula menjadi kg halaman masing-masing memandangkan sudah hampir atau lebih 20 tahun usia kebanyakan taman perumahan di sini termasuk taman perumahan aku ni. Masjid-masjid pun penuh seperti biasa di waktu sembahyang raya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Tak mustahil suatu hari nanti mungkin kawasan Wangsa Maju ini yang akan sesak kerana pulangnya anak perantauan balik ke sini di waktu raya sebagaimana di kg-kg di seluruh negeri di
Walau apapun, diharapkan semoga Aidilfitri pada tahun ini akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya dan syiar islam akan terus berkembang di Wangsa Maju yang tercinta ini. Aku berharap suatu hari nanti Wangsa Maju ni akan terhindar dari sebarang maksiat dan akan tertegak islam di
Salam Aidilfitri ikhlas daripada blogger Wangsa Maju Boyz @ Budak Wangsa Maju
No comments:
Post a Comment