Kemunculan permainan komputer
sudah lama memasuki pasaran di awal tahun 90an lagi seiring dengan kemasukan
industri komputer di Malaysia. Namun kegilaan ke atas permainan computer ini
pada awalnya hanya tertumpu kepada pemilik komputer persendirian sebelum
munculnya kafe siber. Apabila permainan awal seperti Starcraft, Warcraft, Red
Alert dan Half-life mula memasuki pasaran Malaysia, maka ketika itu bermulalah
era gamer dan kafe siber mula muncul sebagai salah satu daripada perniagaan
komersial yang menguntungkan sehingga ke hari ini.
Antara permainan komputer yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu.
Perniagaan kafe siber mula memasuki pasaran di wangsa maju di awal tahun 90an dengan permulaannya di Seksyen 2 Wangsa Maju. Apabila permainan komputer CounterStrike mula menjadi popular di awal tahun 2000, maka bermulalah era gamers sejati dilahirkan di Wangsa Maju. Pada tahun 2005 pula, bermulalah era permainan Warcraft Dota menjajah industri permainan computer di seluruh Malaysia. Kafe siber di Seksyen 2 Wangsa Maju mula muncul dengan lebih banyak dan masing-masing menawarkan servis yang terbaik bagi menawan hati para gamer utk datang ke tempat mereka. Kemeriahan perlumbaan kafe siber ini perlahan-lahan menarik pelanggan dari luar wangsa maju dan akhirnya menjadikan Seksyen 2 sebagai pusat permainan komputer terbaik jika dibandingkan dengan lokasi lain di seluruh Kuala Lumpur. Pertandingan permainan seperti DoTA dan lain-lain diadakan yang diadakan di sini memanaskan lagi suasana di sini dan sekaligus menarik lebih ramai lagi para gamers dari seluruh kl dan lembah klang utk hadir di sini.
T-Bun Cafe adalah salah satu daripada kafe siber yang popular satu ketika dahulu dan masih lagi menjadi pilihan gamerz sehingga ke hari ini.
Jalan masuk ke Seksyen 2 Wangsa Maju. Suasana parking kereta yang penuh di tepi jalan adalah perkara biasa pada setiap hari di sini.
Penulis juga sebenarnya tidak ketinggalan
untuk menyertai kegilaan ini pada waktu itu. Pada waktu itu, penulis bersama
rakan-rakan sanggup menunggu berjam-jam di kedai mamak berhampiran di sini
untuk menunggu kekosongan komputer di kafe siber bagi menghilangkan ketagihan
permainan DoTA ini. Sekali bermain, sekurang-kurangnya kami akan bermain selama
4 jam dan adakalanya terlajak sehingga 6-7 jam kerana terlampau asyik melayan
permainan DoTA ini. Namun penulis sudah mula berhenti bermain pada tahun 2009
apabila penulis melihat kami rakan-rakan bermain permainan ini dengan terlampau
emosi sehingga kadangkala menimbulkan pergaduhan di antara kami. Perkara ini
juga terjadi kepada gamers lain dan diceritakan ada yang membawa rakan-rakan
mereka untuk bertumbuk di dalam kafe siber ini semata-mata disebabkan oleh
tidak puas hati dan terlampau emosi di
dalam bermain.
Kini permainan computer seperti
DoTA ini telah pun diiktiraf oleh kerajaan sebagai permainan sihat dan telah
pun wujud wakil gamerz yang ditaja mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat
antarabangsa. Begitu hebatnya penangan permainan ini sehinggakan pertandingan
permainan ini menawarkan hadiah sehingga beratus-ratus ribu ringgit bagi setiap
pemenang. Kegilaan yang dulunya dianggap membazir masa kini diiktiraf sebagai
satu sukan sihat yang ditaja sendiri oleh kerajaan Malaysia di bawah
Kementerian Belia dan Sukan.
Seksyen 2 kini tidaklah meriah
sebagaimana yang dahulu berikutan permainan DoTA kini boleh dimainkan secara
online di rumah masing-masing dan kos bil internet kini juga lebih murah jika
dibandingkan dengan dahulu. Namun tempat ini akan tetap diingati sebagai pusat
gamerz terbaik di seluruh KL dan menjadi tempat lahirnya lagenda-lagenda gamerz
sejati di seluruh Malaysia. Jika sesiapa yang berminat untuk merasakan sendiri
bolehlah mencuba bermain di sini tetapi jangan salahkan penulis jikalau anda
menjadi ketagih untuk hadir ke sini setiap hari selepas terkena penangan kafe
siber di sini.
P/S: penulis lebih terkenangkan
nasi lemak ayam BRJ di sebelah T-Bun Café. Memang padu dan setiap hari penuh dengan orang. J
No comments:
Post a Comment