Selepas peperangan di Bukit Dinding, tidak ramai yang mengetahui bahawa di Ulu Kelang juga berlaku satu pertempuran yang dasyat yang dikenali sebagai pengepungan Ulu Kelang atau Siege of Ulu Kelang Fort. Pertempuran ini memberi impak yang besar kepada keseluruhan Perang Saudara Selangor sehingga ia turut dilaporkan di dalam suratkhabar British di Singapura pada 10 April 1873
Apa yang sebenarnya berlaku di dalam peperangan ini?Tuesday, December 26, 2023
SEJARAH WANGSA MAJU: THE SIEGE OF ULU KELANG FORT, THE ENDGAME OF SELANGOR CIVIL WAR
Thursday, December 14, 2023
SEJARAH WANGSA MAJU: LOMBONG BIJIH TIMAH PERTAMA DI KUALA LUMPUR
Sejarah Kuala Lumpur ini penuh berwarna warni namun banyak cerita yang masih samar-samar dan tidak diketahui orang. Walaupun begitu, semua sejarawan bersetuju dengan kata sepakat bahawa sejarah Kuala Lumpur bermula apabila Raja Abdullah, penguasa Klang ketika itu membuka lombong bijih timah di Ulu Kelang dan Ulu Ampang dan di sinilah sejarah Kuala Lumpur mula ditulis.
Di sini sejarah menjadi agak menarik untuk warga Wangsa Maju kerana Ulu Kelang dan Ampang hanya terletak bersebelahan sahaja dan bahkan sebahagian Wangsa Maju ini juga turut dikenali sebagai Ulu Kelang suatu ketika dahulu. Tetapi di manakah letaknya lombong bijih timah di Ulu Kelang?
Pelan ini dikeluarkan oleh pihak British pada tahun 1883 pada anggaran 10 tahun selepas tamatnya Perang Klang. Berdasarkan pelan ini, hanya ada 2 sahaja lombong bijih timah yang wujud iaitu 1 di Ulu Kelang dan 1 lagi di Ampang tepat sebagaimana yang ditulis oleh sejarah iaitu kedua-dua lombong inilah lombong bijih timah asal dipunyai Raja Abdullah. Berdasarkan jaraknya yang hampir dengan Bukit Dinding, kita boleh mengganggarkan bahawa lombong ini terletak di berhampiran Sungai Kelang di lokasi yang dikenali sebagai Lembah Gisir mengikut catatan sejarah.
Jika kita melihat lokasi ini, kesan-kesan lombong di Ulu Kelang telah pun lenyap kerana pembangunan pesat di sini. Namun begitu, berdasarkan catatan sejarah, lombong bijih timah pertama yang dibuka oleh Raja Abdullah di Ulu Kelang ini terletak di sekitar Batu 7, Ulu Kelang pada tahun 1857. Jika kita melihat lokasi di sekitar ini pada waktu kini, kita dapat melihat terdapat Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kelang, Masjid Besar Hulu Klang (atau Masjid Al-Ridhuan) dan pekan kecil cina yang masih wujud hingga ke hari ini menunjukkan suatu ketika dahulu kawasan ini merupakan suatu kawasan bandar lama yang wujud disebabkan oleh aktiviti ekonomi yang rancak. Namun setelah bijih timah sudah habis dilombong atau kemusnahan disebabkan peperangan yang berlaku semasa Perang Saudara Selangor atau Perang Kelang, lombong ini ditinggalkan dan tiada lagi kesannya sehingga ke hari ini.
Monday, July 17, 2023
SEJARAH WANGSA MAJU: THE RIOT OF WANGSA MAJU 2
Cerita sebelum ini mengisahkan bagaimana buruh ladang di Hawthornden Estate atau Wangsa Maju kini merusuh pada tahun 1937 sehingga menyebabkan rejimen askar British dipanggil untuk menenteramkan keadaan dan hampir 26 buruh telah ditahan kerana memulakan rusuhan. Berita pada waktu itu tidak menyatakan siapa yang bertanggungjawab tetapi peristiwa itu melahirkan generasi komunis pertama yang membawa kepada pembentukan sayap bersenjata Parti Komunis Malaya sebelum Perang Dunia Kedua.
Sekitar awal 1900, ketenteraman dan keamanan mula dinikmati di Semenanjung Malaya. British telah memasang penasihat atau residen yang setaraf Menteri Besar di seluruh negeri di Malaya. Banyak syarikat-syarikat British mula melabur di Malaya dengan lebih banyak lombong-lombong bijih timah serta ladang getah dibuka di seluruh negara dan menyumbang kepada kekayaan British. Dikhabarkan, sumber kewangan British untuk Perang Dunia Pertama adalah hampir separuh disumbangkan dari hasil bumi Malaya yang menunjukkan betapa bertuah bumi kita ini walaupun terjajah.
Apabila lombong-lombong dan ladang-ladang getah ini dibuka, berlakunya kekurangan tenaga kerja untuk bekerja di lombong dan ladang ini. Orang melayu tempatan pada ketika itu lebih memilih untuk berkebun sendiri berbanding bekerja di bawah syarikat British atas faktor kebebasan untuk bekerja di samping upah yang amat kecil dibayar kepada pekerja. Di Tanah Besar China, berlakunya kekacauan disebabkan gerakan revolusi untuk menumbangkan Maharaja China pada waktu itu dan di India pula, berlakunya masalah kemiskinan dan kebuluran yang menyebabkan pendatang dari India dan China hadir beramai-ramai untuk mencari kerja di Malaya. Mereka ini akhirnya ditempatkan untuk bekerja di ladang-ladang termasuk di Ladang Hawthornden yang turut merubah lanskap demografi kaum di Wangsa Maju.
Namun, tidak ramai yang tahu kesengsaraan para pekerja yang bekerja di ladang ini. Dengan upah yang kecil, mereka terpaksa bekerja dari pagi hingga ke petang membersihkan ladang dan terbeban dengan hutang sehingga mereka terpaksa menjadi hamba sepanjang hidup mereka. Banyak kes pekerja ladang di Hawthornden Estate mati dibaham harimau atau dipatuk ular ketika bekerja dan selepas bekerja, mereka dihiburkan dengan samsu haram, perjudian dan candu yang membebankan mereka dengan tambahan hutang. Tiada pendidikan formal pada waktu itu dan kebanyakan anak-anak mereka hanya mengikut pekerjaan ibu bapa mereka dan kemiskinan ini melingkar dari generasi ke generasi yang seterusnya.
Kehadiran Parti Komunis Malaya dilihat membawa sinar kepada mereka pada waktu itu. Mereka tidak mempunyai suara untuk disuarakan kepada kerajaan dan komunis melihatnya sebagai satu peluang untuk merekrut pekerja ladang ini sebagai penyokong kuat mereka dengan menjanjikan bahawa mereka akan berjuang untuk kebajikan mereka. Di waktu darurat, kebanyakan kawasan di Hawthornden Estate seperti Setapak, Gombak dan Ampang menjadi kubu kuat komunis. Pada satu ketika, pernah dikhabarkan bahawa pengurus ladang di sekitar Hawthonden Estate serta estet-estet sekitar makan malam sambil mendengar bunyi tembakan perang setiap malam di rumah mereka yang menunjukkan betapa kuat pengaruh komunis di sekitar estet mereka.
Selepas merdeka 1957, Setapak (kini Wangsa Maju) masih menjadi kubu kuat kepada haluan kiri serta masih ramai penduduk yang masih lagi bersimpati kepada komunis. Ini dibuktikan apabila pembangkang pada waktu itu yang dikenali sebagai sosialis front berjaya menang di dalam pilihanraya selepas merdeka menewaskan calon kerajaan. Hanya selepas peristiwa 13 Mei barulah kawasan Setapak dan Wangsa Maju berpihak kepada kerajaan sehingga 2008 iaitu apabila PKR pula menang di dalam pilihanraya menewaskan calon kerajaan.
Siapakah calon yang berjaya memenangi kawasan Setapak (Wangsa Maju) di dalam pilihanraya selepas merdeka?
Jawapannya adalah Ahmad Boestamam. Bekas pemimpin haluan kiri Angkatan Pemuda Insaf (API) yang terkenal dengan kata-kata 'Merdeka dengan Darah'.
Wednesday, June 1, 2022
Sejarah Wangsa Maju: The Riot of 1937
Saturday, May 28, 2022
WANGSA MAJU MY TOWN - SIRI 2
Dahulu masa aku zaman sekolah, ada perbezaan budak ikut kawasan. Yang duduk di kawasan rumah flat of course kita panggil budak flat. Mostly yang duduk dekat Seksyen 1,2,4 dan 10. Diorang ni kebanyakannya dari golongan B40. Kalau tgk gaya tu memang ada nampak la juga. Mostly end up diorang ni akan jadi budak rempit main motor. Sebab memang dulu kebanyakan budak flat ni jadi mat rempit. Agaknya pengaruh daripada keliling dan akhirnya budak-budak yang baru pun terikut sama. Tapi bukan semua sama. Ada jugak yang rajin belajar, tak terikut dengan pengaruh rakan sebaya dan akhirnya berjaya keluar dari B40 jadi orang yang berjaya.
Yang duduk di rumah teres pulak kita panggil anak orang kaya. Especially yang duduk dekat area Seksyen 5 dengan Seksyen 6. Mostly diorang ni terdiri daripada anak pegawai tinggi kerajaan, kontraktor dan businessman. Setakat Mercedes dengan BMW tu benda biasa la kalau dekat area sana. Budak-budak yang duduk area sini mostly akan jadi budak kereta. Kalau tgk drama pukul 7 tu mostly gaya hidup tu mcm diorang la. Tapi biasa lah bukan semua mcm tu. Ada yang berjaya jugak dlm pelajaran dan kehidupan tak terikut-ikut dengan budaya tak baik ni.
Untuk posting kali ni, aku nak cerita pasal sekolah-sekolah dekat Wangsa Maju. Meh jom aku cerita sikit.
Friday, May 27, 2022
WANGSA MAJU MY TOWN- Siri 1
Kehidupan aku waktu kecil cuma sekadar di sekitar Wangsa Melawati, Keramat, Klang Gates, Seksyen 5, Seksyen 4 dan Seksyen 2 sahaja. Maklumlah masa tu cuma menapak je tak ada transport. Lepas aku ada motor bapak aku masa Tingkatan 4 (2003) baru lah berjalan jauh sikit aku. Banyak sangat yang berubah kalau dikira sejak dari zaman aku sekolah. Jadi aku nak recall balik memori aku di zaman kecil dahulu.
Sunday, November 28, 2021
Sejarah Wangsa Maju: The historic trail of Jalan Genting Klang (Siri 1)
Bagi penduduk Wangsa Maju, Jalan Genting Klang mungkin tidak asing bagi mereka. Jalan ini merupakan jalan yang menghubungkan bandaraya Kuala Lumpur yang bermula daripada Kg Klang Gates dan berakhir di Jalan Pahang. Walaupun jalan ini hanyalah sekadar jalan biasa di Wangsa Maju, Jalan ini menyimpan sejarah yang mungkin tidak diingati oleh generasi Wangsa Maju sekarang ini. Ditambah dengan pembangunan pesat di sekitar Jalan Genting Klang, tidak ramai menyangka satu masa dahulu jalan ini pernah menentukan hidup mati penduduk di Kuala Lumpur.
Suatu ketika dahulu apabila Kuala Lumpur mula dibuka pada tahun 1870an, akses ke Kuala Lumpur hanyalah melalui Sungai Klang semata-mata dan jalan darat hanya dibuka selepas ekonomi berkembang dengan kewujudan lombong bijih timah. Pada waktu itu, Raja Abdullah iaitu penguasa Kuala Lumpur pada ketika itu telah membuka lombong bijih timah di sekitar Kuala Lumpur sehingga ke Hulu Klang. Beliau bekerjasama dengan Kapitan Cina pada waktu itu dengan mengimport para kuli daripada Tanah Besar China pada waktu itu untuk menguruskan lombong bijih timah yang semakin lama semakin banyak dibuka di sepanjang Sungai Klang. Kewujudan lombong bijih timah ini juga menjadi magnet kepada para pedagang daripada Sumatra dan Bugis untuk berniaga dan mengusahakan tanah di sekitar Kuala Lumpur.
Jalan-jalan darat kemudian mula dibuka di sekitar Kuala Lumpur di samping pengangkutan air di Sungai Klang yang masih menjadi pengangkutan utama di Kuala Lumpur pada awal tahun 1880an. Pada waktu ini, para pedagang (bukan pendatang) dari Sumatra dari suku Mendailing dan Rawa mula mengusahakan tanah di sekitar Setapak dan Gombak dan dari sinilah Jalan Genting Klang wujud. Namun begitu jalan ini masih tidak bernama kerana suasana Setapak (dahulu dikenali Sungai Tapak - InsyaAllah diizinkan akan diceritakan di post akan datang) masih lagi hutan belantara dan tidak banyak rumah kediaman wujud pada masa itu.
Maka ditakdirkan berlakulah perang saudara yang kini dikenali sebagai Perang Klang. Perang yang asalnya meletus di Klang disebabkan perbalahan di antara Raja Abdullah (kemudian Tengku Kudin) dan Raja Mahadi merebak sehingga ke Kuala Lumpur dan berlarutan sehingga 10 tahun lamanya. Jalan Genting Klang pada waktu itu menjadi laluan tentera Raja Mahadi untuk menyerang Kuala Lumpur daripada Rawang dan akhirnya tentera Raja Mahadi yang diketuai Che Soho atau Shariff Masahor berjaya menawan Kuala Lumpur dengan pertempuran yang dikenali sebagai Fall of Kuala Lumpur. Dikhabarkan Kuala Lumpur pada waktu itu bermandi darah dan penduduk setempat ketika itu tiada pilihan samada menyokong Raja Mahadi yang disokong Chong chong serta puak Ghee Hin ataupun menyokong Tengku Kudin yang disokong Yap Ah Loy serta puak Hai San dan masing-masing berbunuh semasa sendiri tanpa mengira bangsa samada Cina ataupun Melayu.
Tidak lama kemudian, hadir pula tentera bantuan daripada Pahang diketuai Imam Perang Rosu untuk membantu Tengku Kudin menawan semula Kuala Lumpur. Kehadiran tentera Pahang ini menambah lagi penderitaan orang Kuala Lumpur pada waktu itu apabila mereka bertindak membunuh penduduk tempatan dan membakar hampir kesemua kampung dan pekan yang ada di Kuala Lumpur. Kampung-kampung melayu dan cina yang wujud di sekitar Jalan Genting Klang pada waktu itu hampir habis dimusnahkan sepanjang perjalanan mereka melalui jalan tersebut untuk menawan Kuala Lumpur. Akhirnya melalui serangan 2 arah iaitu daripada arah Petaling-Damansara oleh tentera Tengku Kudin-Yap Ah Loy dan dari arah Setapak oleh tentera Pahang. Beribu-ribu orang telah disembelih dan kepala mereka dipacak di sekitar jeti di Kuala Lumpur (kini Pasar Seni) sebagai membalas dendam di dalam peperangan. Pada waktu ini Selangor dikenali dikenali sebagai Zaman Keris dan Pemuras iaitu zaman apabila 2orang berjumpa, orang menyerang dan membunuh satu sama lain dahului sebelum bertanya khabar dan menyatakan mereka di pihak mana (Tengku Kudin atau Raja Mahadi).
Jalan Genting Klang pada waktu dahulu merupakan salah satu laluan pintas ke Pahang dengan melalui jalan yang dipanggil sebagai Genting Bidai. Jalan ini juga merupakan salah satu laluan orang Ulu Klang pada zaman dahulu untuk ke Kuala Lumpur dan terus ke Klang untuk menghantar barang dagangan bijih Timah samada melalui Jeti Kuala Lumpur ataupun melalui jalan darat. Maka sebab itulah nama Jalan Genting Klang ini diperolehi iaitu Jalan dari Genting Bidai ke Klang yang dipendekkan menjadi Jalan Genting Klang. Perubahan dan fenomena semasa menyebabkan tinggalan sejarah Perang Klang di Jalan Genting Klang kini sudah pun hilang ditelan zaman. Diharapkan tulisan ini dapat memberi sedikit maklumat kepada mereka yang membacanya dan memberi peringatan tentang peristiwa berdarah yang pernah berlaku di jalan ini suatu ketika dahulu.
Sambungan: Jalan Genting Klang- Saksi keperitan pekerja ladang meneruskan hidup.




























