Wednesday, May 18, 2011

Dari Gomen di Wangsa Maju



Aku sendiri taktau bila naik bangunan ni.Tau2 dah wujud dah di kawasan Wangsa Maju ni.
Terletak di kawasan Sri Rampai yang agak tersorok dari jalan utama, bangunan gomen ni tak penah sekali pun aku masuk ke dalam.Mungkin sebab aku sendiri tak pernah berurusan dengan agensi gomen ni.Sebab tu tak pernah masuk. Tak ada point la budak2 kata.Berikut adalah sejarah Felcra yang aku copy dari laman rasmi mereka.

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Berbekalkan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang dan aktiviti-aktiviti teras, FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang perniagaan yang sedang berkembang.

Akhirnya, FELCRA Berhad berhasrat untuk menjadi sebuah konglomerat yang berjaya di samping mencipta sektor luar bandar yang lebih dinamik, menarik dan menguntungkan selaras dengan strategi operasi berimbangnya di antara program berorientasikan keuntungan dan program obligasi sosial.

Bahasa cantik kan. Tapi bab menguntungkan tu macam agak musykil.Mungkin sebab Felda lagi popular jadi nama Felcra ni agak la tenggelam sikit. Tapi rasanya pernah nampah estet Felcra ni dekat Perak kalau tak silap.Cuma ada sedikit soalan mau tanya.

Siapa yang untung kalau Felcra untung? Siapa yang rugi kalau Felcra rugi? Apa Felcra buat kalau dia untung?

Mungkin satu lagi kejayaan untuk Malaysia.

Dan dua kejayaan untuk golongan Kapitalis....

Monday, May 16, 2011

Kuala Lumpur in SLR



Gambar ni diambil ketika aku sedang menaiki flyover bulatan Kg Pandan menghala ke Jalan Sultan Ismail semasa aku hendak ke Lowyat Plaza.Kelihatan bangunan-bangunan tinggi yang menunjukkan kemodenan dan kebanggaan Kuala Lumpur.Bila tgk gambar ni tiba-tiba terfikir sebuah pantun.Harap pantun ni tak menyinggung mana-mana pihak walaupun memang niat aku nak menyakitkan hati mereka itu. :)

Bangunan tinggi penuh menara
Kuala Lumpur semakin berseri
Kaum Kapitalis bermaharajalela
Apalah maknanya untuk kami

Sunday, May 15, 2011

Mula menaip

Tahun ni genap 18 tahun aku duduk di Wangsa Maju yang tercinta ni.

Dari aku tgk pokok yang tanam dekat depan rumah aku kecil je.

Dari aku tgk rumah keliling aku semua masih tak siap lagi.

Dari aku tgk jalan lapang tanpa penuh kereta parking kiri kanan bahu jalan.

Dari aku tgk lampu isyarat cuma ada beberapa batang je dekat sini.

Dari aku tgk highway MRR2 dulu cuma jalan biasa je.

Sekarang semua sudah bertukar.Wangsa Maju sudah menjadi semakin maju.Sudah semakin ramai berhijrah mencari kehidupan di sini. Dan semakin penuh kawasan-kawasan perumahan dan kawasan perniagaan di keliling dengan umat nabi Adam ini.

Tapi bila tgk bangunan-bangunan tinggi melangit membangun.Bila tgk lereng-lereng bukit sudah menjadi kondo dan apartment.bila rasa asap kenderaan makin banyak di udara. Bila rasa kawasan sejuk yang menghijau sudah semakin sikit.Bila tgk makanan yang sudah semakin mahal..

Rasa macam nak kembali balik ke zaman dulu je..