Ketika aku
sedang menelaah tentang sejarah Perang Saudara Selangor atau lebih dikenali
sebagai Perang Kelang, aku telah terbaca satu artikel sejarah yang menarik yang berkaitan dengan lokasi di Wangsa Maju iaitu Bukit Dinding. Tulisan
artikel ini memaparkan kisah siri perang Kelang yang berlaku pada 1870 dan lebih dikenali
sebagai The Battle of Ampang. Tulisan artikel ini agak menarik berikutan ia
melibatkan sedikit kawasan Wangsa Maju iaitu di sekitar kawasan Bukit Dinding dan kawasan Lembah Sungai Gisir, Hulu Kelang.
Berikut merupakan sedutan daripada artikel berikut:
Kapitan Yap directed
the fighting from Kuala Lumpur and did not take to the field himself. As soon
as he learnt that Chong Chong was digging himself in near Ampang, he sent a
force of 600 men under Hiu Fatt and Tung Khoon to Ulu Klang with the intention of
cutting Chong Chong's line of retreat and threatening the right flank of his
position. Immediately after arriving at Ulu Klang, Hiu Fatt’s men established
contact with Mashhor’s contingent. The next day, they started to attack
Mashhor’s army. Fighting began at about 10 or 11 in the morning and lasted
until late in the afternoon. By then, Mashhor’s men were routed and suffered
heavy losses. Mashhor himself made his way to Chong Chong’s camp near Batu
Ampat and suggested an immediate counter-attack, before Kapitan Yap’s men could
consolidate their postion. Chong Chong agreed with the proposal, and on the
same night, he led a force of about 2,000 men (from the combined force) towards
Ulu Klang.
In the meantime, Hiu
Fatt and Tung Khoon had returned to their improvised camp at Ulu Klang. During
the night, much to the surprised of Hiu Fatt and his men, they were woken up by
sounds of firearms and shouting, and discovered that Mashhor’s force were in
front of their position. Without hesitation, Hiu Fatt immediately gave orders
for a direct attack to be made on the enemy. While the fighting was in
progress, Chong Chong’s army emerged from the rear of Hiu Fatt's position
(presumably along the north flank of Bukit Dinding and down the valley of the
Sungei Gisir), thus Hiu Fatt and his men were trapped between two larger units
of enemy forces.
Fortunately, Kapitan
Yap had decided that evening to reinforce his troops at Ulu Klang, and had sent
Chung Piang with 400 men to Hiu Fatt's camp. They arrived in the middle of the
battle, and presumably at the rear of Chong Chong’s encircling force. After a
long struggle, Chong Chong was forced to retreat to his stockade at Ampang. The
Kapitan's force lost 40 men with another 100 wounded, but Chong Chong's force
suffered heavier losses.
Berdasarkan artikel yang ditulis ini, maka aku
cuba untuk membayangkan kisah sebenar yang berlaku di dalam Battle of Bukit
Dinding ini menggunakan peta yang dilukis oleh British pada 1883.
========================================================================
Latar Belakang Perang Kelang (Perang Saudara
Selangor)
Perang Kelang ataupun Perang Saudara Selangor
berlaku dari tahun 1867 hingga 1874 bermula dengan perbalahan antara kerabat
Diraja Selangor iaitu Raja Abdullah bin Raja Jaafar selaku Penguasa Daerah
Klang dan Raja Mahdi bin Raja Sulaiman selaku anak bekas Penguasa Daerah Klang
yang dipecat iaitu Raja Sulaiman. Perbalahan ini berlarutan sehinga menjadi
perang saudara di mana Raja Abdullah yang disokong oleh pakatan Bangsawan Diraja
Bugis dan Kongsi Gelap Hai San berperang dengan Raja Mahadi yang disokong oleh pakatan
Melayu Sumatera Mandeling & Rawa dan Kongsi Gelap Ghee Hin. Pada awalnya,
Raja Mahadi berjaya menewaskan Pakatan Raja Abdullah dan menawan keseluruhan
Klang dan Kuala Lumpur di samping menaikkan Yap Ah Loy (Kongsi gelap Hai San)
sebagai Kapitan Kuala Lumpur. Sultan Selangor kemudian melantik Tengku Kudin
menggantikan tempat Raja Abdullah dan bekerjasama dengan pihak British dan
tentera Negeri Pahang untuk menentang pemberontakan Raja Mahadi ini. Melihat
keadaan yang lebih memihak kepada Tengku Kudin, maka Yap Ah Loy telah
mengkhianati pakatan Raja Mahadi dan bertindak menyokong pakatan Tengku Kudin
pula. Oleh kerana itu, Raja Mahadi telah berpakat dengan bekas ketua Yap Ah Loy
iaitu Chong Chong dan Syed Mashoor untuk menyerang Kuala Lumpur dan memburu Yap
Ah Loy yang telah mengkhianati beliau itu. Maka bermulalah di sini The Battle
of Kuala Lumpur.
Gambar 1: Salah satu daripada lombong bijih timah terawal di Kuala Lumpur. Perebutan Hak Perlombongan dan Perdagangan Bijih Timah ini mengundang kepada tercetusnya Perang Kelang di antara Kerabat Diraja Selangor.
Babak Pertama.
Pasukan Pakatan Raja Mahadi seramai 2000 orang askar
yang diketuai oleh Chong Chong telah berkubu di Batu 4 1/2 , Jalan Ampang (kini
Jalan Doraysami) bersedia menyerang dan menawan Kuala Lumpur. Di Ulu Kelang
pula, pasukan yang diketuai oleh Syed Mashoor bersedia untuk memberi bantuan
kepada Pasukan Chong Chong untuk menyerang dan menawan Kuala Lumpur.
Babak Kedua
Mengetahui Pasukan Raja Mahadi akan menyerang
Kuala Lumpur, Yap Ah Loy telah bertindak menghantar sepasukan tentera yang
diketuai oleh orang kanannya, Hiu Fatt and Tung Khoon ke Ulu Kelang sebagai
persediaan untuk menutup laluan bantuan Pasukan Chong Chong di samping
mengelakkan daripada mereka melarikan diri sekiranya Pasukan Raja Mahadi ini
kalah di dalam pertempuran. Tanpa diketahui oleh Yap Ah Loy, pasukan mereka ini
telah bertembung dengan pasukan Syed Mashoor yang telah berkubu di Ulu Kelang
ini sehingga menyebabkan pertempuran antara mereka berlangsung. Pasukan Syed
Mashoor mengalami kekalahan dan berundur daripada Ulu Kelang untuk persiapan rancangan
strategi baru.
Babak Ketiga
Syed Mashoor telah meminta bantuan daripada
Pasukan Chong Chong untuk menyerang Pasukan Yap Ah Loy yang kini telah berkubu
di Ulu Kelang. Seramai 600 orang askar Pasukan Chong Chong telah dihantar untuk
tujuan tersebut dan mereka berkubu di kawasan Lembah Sungai Gisir di Utara
Bukit Dinding. Pada waktu malam tanpa disedari oleh Hiu Fatt and Tung Khoon,
Pasukan Syed Mashoor telah menyerang
mereka secara serang hendap manakala Pasukan Chong Chong pula menyerang mereka
dari arah belakang. Keadaan ini menyebabkan Pasukan Yap Ah Loy terkepung dari
arah depan dan belakang
Babak Keempat.
Yap Ah Loy telah bertindak menghantar pasukan
bantuan tanpa menyedari Pasukan mereka di Ulu Kelang diserang dengan teruk oleh
Pakatan Raja Mahadi itu. Pasukan bantuan Yap Ah Loy ini tiba di Sungai Gisir di
belakang pasukan Chong Chong tepat pada ketika kedua-dua pasukan ini sedang
bertempur. Maka Pasukan bantuan ini telah bertindak menyerang dari belakang
Pasukan Chong – Chong untuk membantu pasukan Hiu Fatt and Tung Khoon yang
sedang terkepung itu.
Babak Terakhir.
Pasukan Chong-Chong dan Pasukan Syed Mashoor
mengalami kekalahan teruk daripada pertempuran ini. Akhirnya mereka telah
berundur ke Ampang dan perancangan The Battle of Kuala Lumpur kini tergendala
disebabkan kekalahan teruk daripada Pakatan Raja Mahadi. Pasukan Yap Ah Loy
kemudian mengukuhkan kawasan Hulu Kelang dan menyebabkan Pakatan Raja Mahadi
ini menukar strategi mereka untuk persediaan menawan Kuala Lumpur pada masa
akan datang.
========================================================================
136 tahun selepas pertempuran ini berlangsung,
aku telah cuba untuk menjejak kesan peperangan ini. Tidak banyak cerita yang
diketahui berkenaan pertempuran Bukit Dinding ini (The Battle of Bukit Dinding)
di dalam internet dan juga buku sejarah melainkan daripada rekod sejarah Yap Ah
Loy. Namun begitu, peristiwa The Battle of Bukit Dinding ini seharusnya
direkodkan sebagai satu sejarah Wangsa Maju dan menunjukkan bahawa Bukit
Dinding di Wangsa Maju ini menjadi saksi keterlibatan kawasan ini di dalam
peristiwa sejarah Perang Kelang atau Perang Saudara di Selangor.
Pemandangan Bukit Dinding dari arah AU4, Ulu Kelang, Selangor dan pemetaan Bukit Dinding di dalam peta British tahun 1883. Sejarah Bukit Dinding ini telah direkodkan seawal 1870 dan telah dipetakan oleh British pada 1883 berikutan terdapat aktiviti pembukaan lombong bijih timah di Ulu Kelang oleh Raja Abdullah.
Kawasan Padang di AU4 yang terletak di lembah Sungai Gisir, Hulu Kelang. Adalah dijangka di sinilah berlakunya pertempuran The Battle of Bukit Dinding di antara Pasukan Yap Ah Loy dan Pasukan Chong Chong / Syed Mashoor, Kawasan lapang ini terletak berhampiran dengan Sungai Gisir dan dahulunya terdapat kawasan perkampungan Melayu di sini yang dikenali sebagai Kampung Seri Lembah Keramat. Namun begitu tapak pertempuran sebenar masih tidak diketahui berikutan tiada rekod asal ditemui di dalam rekod sejarah dan kawasan sekitar Bukit Dinding dan Sungai Gisir juga telah dibangunkan dengan pesat.
Sungai Gisir di Lembah Keramat, Ulu Kelang. Kini telah menjadi longkang besar atau monsoon drain di lokasi. Pada waktu dahulu, Sungai Gisir ini dipenuhi dengan sumber bijih timah dan menarik perhatian Raja Abdullah untuk melombong di sekitar kawasan Sungai Gisir ini. Kesan lombong bijih timah ini telah pun hilang di dalam lipatan sejarah dan kawasan Ulu Kelang kini telah pesat membangun tanpa sedikit pun sebarang kesan sejarah yang ditinggalkan di sini.
Terima kasih atas perkongsian sejarah...mmg terbaik...
ReplyDeleteWah selalu lari kat bukit dinding ni .. baru tau ada sejarah
ReplyDeletePlease let the ministry of education know this is the kibd of facts that will make history lesson interesting.
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteTerbaik.. Terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteInfo yg berguna.. tq
ReplyDeleteDekat padang Au4 tu belah Gol pos hujung pdg dkt dgn perumahan atas tu .. dulu situ kawasan tanah liat.. Ada anak sungai.. sy dgn kawan2 pernah jumpa bom lama kt kawasan tu...
ReplyDeleteAdakah Bukit Dinding itu sama dengan Bukit Tabor yang ada sekarang dekat Jalan Kolam Air di Taman Melawati, Ulu Klang?
ReplyDeleteTak sama. Bukit dinding di wangsa maju
DeleteJust came down from it & read this...wow!!! love this place, my regular 😍
ReplyDeleteMenarik. Tak pasti sahih atau tidak, betul ke dahulu, ada jambatan halus di antara bkt dinding dan bkt antarabangsa? Dan dikhabarkan dlm bkt dinding ada gua?
ReplyDeleteBtol sy jmpe bob jugak di au3
Delete