Jalan ke Wangsa Maju

Dari Utara

Kalau korang datang dari Utara seperti Perak, Kedah dan Pulau Pinang, korang boleh terus melalui Lebuh Raya Plus Utara-Selatan sehingga ke  Tol Damansara. Selepas itu korang terus ikut masuk ke Lebuhraya DUKE dan ikut signboard menghala ke Ampang / Ulu Klang. Kemudian korang boleh masuk ikut exit Setapak, Kg Air Panas / Semarak atau Setiawangsa / Wangsa Maju. Selepas itu pandai-pandai la ikut mana hala tuju korang.

Dari Timur.

Kalau korang daripada Pahang, Terengganu dan Kelantan, korang terus melalui Lebuhraya Pantai Timur sehingga sampai ke exit Karak. Selepas itu masuk ke Lebuh Raya MRR2 dan ikut signboard Ulu Klang. Dari sini korang boleh masuk ke exit Klang Gates yang menghala ke Jalan Genting Klang Setapak,exit Wangsa Melawati yang menghala ke Wangsa Melawati, Seksyen 2 dan Seksyen 1 dan exit Ulu Klang yang menghala ke Seksyen 6 dan Keramat Wangsa.

Dari Selatan

Kalau dari Selatan seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, masuk ikut Lebuh Raya Utara - Selatan hingga ke exit  Sg. Besi. Kemudian masuk ke MRR2 ikut signboard menghala ke Kuantan / Ulu Kelang. Dari sini terus je dan boleh masuk exit Keramat AU utk ke Keramat Wangsa / Setiawangsa, exit Ulu Klang yang menghala ke Seksyen 6, Seksyen 5 dan Keramat Wangsa serta ,exit Wangsa Melawati yang menghala ke Wangsa Melawati, Seksyen 2 dan Seksyen 1

Pengangkutan Awam

Kalau naik bas, aku tak pandai sgt sebab dah lama dah tak pijak lantai bas RapidKL tu. Lebih senang kalau korang ikut Putra LRT dan dari sini boleh lah naik teksi ataupun naik bas tempatan tapi  kena pastikan betul2 bas tu takut nanti karang sesat sampai ke Chow Kit pulak. Kalau nak naik LRT lagi la senang. Tak kira lah korang berhenti di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Hentian Puduraya, Hentian Putra ataupun Hentian Jalan Pekeliling, pastikan korang menghala terus ke stesen Masjid Jamek dengan menaiki STAR LRT mengikut stesen berdekatan. Sampai sini, korang boleh tukar ke Putra LRT dan ambil ke Stesen Setiawangsa, Stesen Sri Rampai ataupun Stesen Wangsa Maju mengikut lokasi mana korang nak pergi.