Monday, July 18, 2011

Kg Semarak yang cuma tinggal kenangan

Siapa yg selalu ke Pusat Bandaraya atau KLCC dari Wangsa Maju pasti akan biasa melalui Jalan Semarak yang berdekatan dengan Sri Rampai dan Jalan Padang Tembak. Jalan ini merupakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan trafik yg dasyat di Jalan Ampang / Jelatek dan Jalan Pahang terutamanya. Tapi lama-kelamaan jalan ini pun menjadi sesak sehingga sekarang terutama di waktu puncak disebabkan jalannya yg kecil dan cuma memiliki 2 lorong sahaja.

Di sinilah terletaknya sebuah kampong melayu yg bernama Kg Semarak. Dinamakan kg setinggan oleh pihak kerajaan, kg ini merupakan sebuah penempatan melayu yg telah wujud dalam lebih kurang 30 lebih tahun yg lalu. Pada waktu itu, Wangsa Maju masih belum dibangunkan dan kawasan sekeliling kampong ini cuma dipenuhi dengan pokok getah, lombong bijih timah serta kampung2 kecil sahaja dan terdapat beberapa kem tentera yang diwujudkan di kawasan sekitar sini. Maklumlah sebelah hutan, kena lah jaga KL waktu tu. Tambah pula waktu darurat.

Kampong ini adalah sezaman dengan kampong2 melayu yg lain di KL seperti Kg Berembang dan Kg Bumiputra di mana ia wujud apabila terdapat pemindahan beramai-ramai penduduk ke Kuala Lumpur utk mencari rezeki. Ceritanya tak ubah mcm kisah filem Setinggan lakonan S.Shamsudin yg mengisahkan tentang pahit getir penduduk setinggan di Kuala Lumpur ini. Korang tgk la sendiri cerita tu. Aku nak cerita balik rasa malas la pulak. Dekat Youtube ada orang upload cerita tu tak salah aku. Layan jugak cerita tu. Lawak tgk si Sudin tu berlakon.

Setinggan (1981). Layan weh cerita ni.

Bila aku check Google, baru aku tau dulu nama kampong ni Kg Relawan. Tapi sepanjang aku duduk Wangsa Maju tak pernah pun aku ada kawan dekat kampong ni. Yg ada cuma dekat rumah PPR dekat sebelah kg ni je.Tidak seperti kg lain, Kg Semarak ini kelihatan agak tersusun berbanding dengan kg lain. Masa zaman aku belajar, aku selalu ulang alik dari Wangsa Maju - PJ lalu kampong ni. Maklumlah masa tu naik motor je. Lalu sini senang sikit nak mencilok. Tahun 2006 last aku jumpa kampong ni tak salah aku tapi takde la kisah sgt masa tu . Lepas tu bila aku lalu sini cuma tinggal runtuhan rumah je. Rasa macam lain je bila lalu jalan ni bila dah takda rumah kampung kiri kanan.

Tapi apa nak buat. Kena la bagi laluan demi pembangunan. Bila highway DUKE nak buat terpaksa la kampong kena roboh. Pernah masa aku lalu sini dulu aku tgk penduduk kampong ni berkumpul dekat tepi jalan sini. Ada tergantung banner tulis 'Allah selamatkanlah kampung ini'. Mungkin masa tu dah sampai masa nak roboh dan aku pun ada baca dalam suratkhabar tentang penduduk kampong ramai2 menentang pihak berkuasa hendak merobohkan rumah mereka. Rasa rugi pulak tak ambik gambar time tu tapi masa tu memang aku takde kamera pon. Tapi kesian la kt penduduk sini. Dah duduk lama last2 kena halau masuk rumah PPR. Tapi apa boleh buat kan..


Jalan Semarak. Dulu kiri kanan jalan penuh dengan kampung. Sekarang cuma tinggal semak samun sahaja menunggu utk dibangunkan. Tak salah aku dulu ada satu jambatan kat sini. Tapi sekarang dah takda dah. Agaknya sungai pun dah kena kambus kot.

Bekas kampong yang sekarang jadi kawasan rekreasi dan tempat DBKL tanam pokok. Entah apa jenis pokok pun aku taktau.

Surau yang masih tinggal tidak dirobohkan. Agaknya tak sampai hati nak roboh kot. Masih ada tertulis Kg Semarak dekat signboard surau ni.

Ada 3-4 lagi kampong melayu yg masih lagi wujud di Wangsa Maju ni. Antaranya adalah Kampong Wira Jaya di Taman Melati dan Kampong Puah di Gombak dekat2 dengan Sentul. Rasanya tak lama lah agaknya kampong tu. Semuanya atas nama pembangunan. Kasihan mereka..

3 comments:

  1. Assalamualaikum... byk info dan penulisan yg memberi manfaat.tahniah.sila email sy jika tidak keberatan.terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... byk info dan penulisan yg memberi manfaat.tahniah.sila email sy jika tidak keberatan.terima kasih..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete