Wednesday, June 29, 2011

Poster aku buat sendiri


Selepas berbulan2 aku belajar cara nak buat poster, akhirnya berhasil jugak buat walaupun xsecantik dan xsegrafik mcm kt kedai buku tu.huhu..

Walaupon mcm2 kempen dah dilancarkan, tapi kempen ni rasanya xpernah pon dilancarkan melainkan perkara tersebut bermotif politik. Sebenarnya, kalau semua org nak buat perkara sama, nescaya mereka akan ikut kehendak rakyat juga akhirnya.Malangnya sekarang ni yang berkuasa adalah para investor yang lebih berminat nak memperbanyakkan kelab malam, bar, rumah urut dan spa berjenis2 lagi la maksiat senang cerita. Jadi kita sebagai rakyat di negara Islam yang tercinta ni wajib menentang perkara2 tersebut dan kita lancarkan sendiri kempen memerangi mereka.

Cara-cara nak berkempen akan aku beritahu kelak nanti. Sekarang tak sesuai sebab aku ada hal nak kena buat sekarang. Jadi akan bersambung ni post akan datang..

Sunday, June 26, 2011

Sejarah di Wangsa Maju : Masjid Jami'ul Ihsan Setapak


Bersusah payah aku melintas highway semata-mata nak amik gambar ni.haha..

Sebenarnya aku dah beribu-ribu kali aku melintas depan masjid ni. Tapi baru sekarang tetiba aku rasa nak post pasal masjid ni jadi aku pun singgah la sekejap petang tadi. Masa pergi tu tgk masjid belakang dah siap dah.Mungkin nak jaga masjid lama jadi dia kosongkan yang masjid lama dan guna yg baru kalau nak sembahyang atau apa-apa aktiviti lain.

Masa aku masuk aku tgk kt depan dia tulis tahun 1933. Agaknya masa ni lah masjid ni siap kot. Tapi sayangnya kat sini tak tulis pasal sejarah masjid ni. Aku nak tanya orang pun takde. Kt belakang masjid ni mcm ada kuarters tapi segan pulak nk tanye. Dekat dinding masjid belah depan ni ada tampal plak tulis Warisan Negara. Dah jadi warisan la pulak kan. Tapi tak bley guna lak aku tgk. Agaknya bumbung nak runtuh dah kot. Nak roboh sayang jadi kena la dijadikan Warisan.

Masih kukuh lagi beb.Pintu ngn tingkap kayu lagi tu.Apa ubat anai2 dia pakai agaknya eh?

Terletak di Jalan Pahang nak menghala ke Tasik Titiwangsa / Pusat Bandaraya KL dan betul2 duduk di bawah highway DUKE, masjid ni aku rasa mesti menggigil2 kalau lori besar lalu. Betol2 sebelah jalan besar kot. Cmne la rupenya kalau masa zaman 1933 tu. Masa tu jepon pon belom dtg lg. Hitler pon masih keje part time lagi aku rase.

Sedikit sebanyak aku ada la copy paste sket pasal masjid ni dekat internet. Tak banyak la aku dapat. Kalau ada gambar lama dia lagi best aku rasa. Jadi kalau sesapa yang ada maklumat pasal masjid ni roger2 la aku yek di emel aku ni

faridzmokhtar@gmail.com

Sejarah Masjid Jami'ul Huda, Setapak

Masjid Jami'ul Ehsan merupakan salah sebuah masjid tertua dalam sejarah di Kuala Lumpur. Masjid ini asalnya dibina daripada kayu dengan atap berbumbung piramid. Ia dipercayai didirikan di Kampung Puah, Setapak pada tahun 1879 atau lebih awal daripada itu.

Pada tahun 1900 dan diketuai oleh Penghulu Datuk Sati, masjid itu ditempatkan semula di Lot 2772 yang terletak di belakang pasar Setapak. Ia kemudian sekali lagi dipindahkan ke tapak yang asal sekarang pada tahun 1920 dan masih mengekalkan struktur asli bangunan tersebut.

Menariknya, pembinaan masjid asal Jami'ul Ehsan ini tidak menggunakan paku. Justeru, ia memudahkan penduduk untuk memindahkannya.

Asyaari menjelaskan bahawa proses pemuliharaan telah dijalankan di kawasan masjid ini sejak 2006.

Beliau yang menjalankan kerja-kerja arkeologi dalam projek pemuliharaan di masjid warisan ini berkata, sepanjang proses tersebut, banyak artifak-artifak lama ditemui di sekitar kawasan masjid tersebut.

"Antaranya termasuklah penemuan kayu pemukul beduk dan batu nisan yang dipercayai berusia ratusan tahun serta pecahan porselin dan seramik Eropah lama yang tertanam di masjid ini.

"Barangan ini diyakini berasal dari Belanda. Ini kerana corak dan motif yang digunakan pada barangan porselin itu mirip kepada gaya Belanda. Ia kemudian telah disahkan oleh pakar bidang berkenaan setelah kami menghantar barang penemuan tersebut kepada mereka," jelas Asyaari sambil menambah terdapat banyak nilai sejarah yang perlu dipertahankan di Masjid Jami'ul Ehsan ini.

Diambil dari artikel 'Menjejak khazanah bernilai'
KHADIJAH MOHAMAD NOR
Suratkhabar KOSMO Online (tarikh tatau sebab dia tak tulis)



Thursday, June 23, 2011

Realiti Sebuah Hidupan: Kisah penduduk di Wangsa Maju

Apis masih duduk di dalam pondok di tepi sungai itu. Pondok yang dibina dengan penat lelah bersama adiknya digunakan sebagai tempat pertanyaan pelanggan yang ingin menggunakan khidmat perniagaan keluarga beliau kini semakin bersih dan dihiasi pokok-pokok ubi dan pisang. Suasana bising kenderaan yang lalu di tepi jalan besar di hadapan pondoknya tenggelam dengan keindahan suara air sungai yang mengalir diiringi burung tekukur yang terbang mencari makan di tebing sungai itu.

Hari ini tiada panggilan daripada bapanya mahu pun daripada orang luar yang hendak memberikan tugas kepadanya. Bekerja mengangkut barang dengan lori sewa bersama keluarganya menjadikan pendapatannya kadang – kala tidak menentu. Kalau ramai orang menggunakan khidmatnya, maka murahlah rezekinya. Kalau tidak, maka dia duduk-duduk sahajalah memerhatikan sungai yang mengalir laju di sebelah pondok kecil itu.

Dia teringat di waktu zaman ketika dia masih di bangku sekolah dahulu. Siapa yang tak kenal namanya itu. Gelaran Mat Besi yang diberikan kepadanya cukup membuat dia megah. Siapa yang mencari pasal dengannya sudah tentu makan penendang atau penumbuk darinya.. Setakat budak sekolah luar cari hal memang cari nahas betul dengan dia. Sebab itu ramai orang terutamanya juniornya mahu berkawan dengannya. Kononnya nak ‘backup’ besarlah daripada dia. Kalau datang malam-malam ke Restoran NZ mesti ramai yang ajak dia minum. Pernah dia membelasah orang yang lebih tua umurnya daripada dia. Berdarah-darah kepala ‘brother’ tu dihentamnya. Sejak daripada itu semakin ramai yang mendekatinya. Nah, makin besar lah kepada dia.

Tapi itu cerita dulu. Dia tidak mahu mengungkit cerita lama.Yang lepas itu kalau boleh dia mahu lupakan sahaja. “Menyesal weh dulu aku tak belajar rajin-rajin. Kalau aku ikut kau, dah tentu aku tak ada di sini”, keluh Apis menyesali zaman lalunya. Keputusan SPM dia cuma cukup makan. Tapi rezekinya murah. Dia dapat sambung belajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Tapi sayang dia terjebak dengan aktiviti maksiat. Ramai gadis bohsia telah digodamnya. Bukan itu sahaja, malah dia juga memberi kongsi rakan-rakan sekelasnya bohsia yang telah dibahamnya itu. Hasilnya, dia gagal menghabiskan pengajiannya di kolej itu. Mungkin kifarah atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya itu.

Dia mencuba nasib bekerja di syarikat swasta. Walaupun cuma seorang penghantar surat, kerjanya diakui rajin oleh bosnya. Malah diberi insentif tambahan dan motor syarikat. Tapi atas dasar sifat melayu, dia diadu domba dan difitnah oleh rakan sekerjanya. Dia dituduh atas kesalahan yang kecil dan kadang-kala tidak pun dilakukannya. Dihina hingga hilang maruah, dia mengambil keputusan berhenti kerja. Dia cuba memohon kerja di syarikat lain. Tapi selepas 6-7 bulan, perkara yang sama berulang lagi. Kerana tidak tahan, dia berhenti kerja sekali lagi.

Kini dia bekerja dengan ayahnya mengangkat barang utk lori sewa. Walaupun kerja berat, dia tidak kisah sebab kali ini tiada siapa yang akan menghinanya lagi. Dia bebas berpakaian dan tiada lagi orang yg akan mengadu domba dan memfitnahnya lagi.

Tapi kadang-kala dia teringat akan kisah lalu. Kesal di mukanya masih kelihatan. Kini dia bersendirian sahaja bekerja dengan keluarganya. Rakan-rakan lamanya sudah dia tinggalkan jauh. Dia terasa rendah diri atas kerja yang dilakukan olehnya. Tetapi dia pasrah atas takdir yang telah ditetapkan kepadanya. Apakan daya masa tidak mungkin dapat berpatah balik lagi buat selama-lamanya.

* Apis adalah salah seorang remaja yang pernah mendiami setinggan di Wangsa Maju. Setelah rumahnya diroboh oleh pihak DBKL, kini dia menetap di salah satu rumah PPR di Setapak. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah meminta-meminta atau memohon pertolongan kewangan daripada kerajaan, Ahli Parlimen mahupun rakan-rakannya. Berkat kerajinannya, dia kini memiliki lori sewa sendiri dan berjaya dalam perniagaan yang dijalankan olehnya di kala rakan-rakan sebayanya masih bekerja makan gaji atau sedang menyambung pelajaran.

Sunday, June 19, 2011

Warung D'Tepi Loji Kumbahan..Uwekk!!

Di suatu hari,anda terasa lapar dan ingin nk cari makanan melayu buat mengisi perut yang kosong ni. Nak masak memang korang mlz ar lagi2 kalo korang laki bujang mcm aku ni. Dan2 tgh meronda2, terjumpa la pulak gerai tepi jalan.Maka singgah la korang lalu teros mengorder makanan yang menjadi idaman kalbu itu.Sedang korang tgh menikmati makanan yang panas2,ditambah pulak dengan air sejuk berkarbonat atau air teh o yang suam2 kuku atau air faveret korang la senang cite, tiba2 sejenak maka terlalulah angin sepoi2 bahasa melintas di hadapan korang.Pergh..Pasti nikmat dan selera anda bertambah-tambah sambil anda mengucapkan "pergh..feeling seh tempat ni"

Macam mane kalau tibe2 dan2 je dtg bau haramjadah menerjah ke dalam lubang hidung anda yang memang sentiasa cekap membezakan antara bau bunga kemboja di kubur dengan bau najis yang sudah terbiar.Fuhh...Selera korang masih ada lagi?

Yeah..ini lah die gerai loji yang terletak btol2 sebelah je dengan loji perawatan dekat Keramat Wangsa.Dekat deret dia je ada la dalam 3-4 warung lagi. Nak amek gambar takut tuan kedai simbah dengan air loji lak.Yela tibe2 je nk amek gambar. Kang dia igt aku ni mcm orang DBKL nak roboh kedai diorg la plak kan. Masa aku amek gambar yg kat atas ni warung yg ni belom bukak lagi.So berani la sket aku nk amek gambar.

Aku sendiri tak paham camne la diorang bley bukak gerai dekat tepi loji ni. Kalau loji air bersih xpe la jugak.Ni loji najis tu.Dengan ada beberapa pepejal yang kecoklat-coklatan yang terapung-apung beserta air yang berwarna hijau disusuli pulak dengan sejenis bau yang sukar digambarkan dengan kata2.Uish..aku yang nak menaip ni pon dah rase loya mcm orang nk mengandung. Yang paling aku tak paham tu ade pulak yang mkn n minum dekat sini.Aduhai..selera ape la diorang tu.Aku rase biawak yang duk dalam loji ni pon pelik tgk diorang. Mesti dia kate "aku ni dah memang biawak nk mkn kat kedai orang halau pulak.kena la cari makan kt sini.yang korang ni nak kate biawak bukan biawak.tapi makan kt tempat aku.huh..xpaham aku"

So kalau korang rase nak makan kat sini.Err..
korang pk la sendiri.korang pon da besar da baligh.bkn budak2 lg..:)

Tuesday, June 14, 2011

Di sisi Wangsa Walk


Diambil ketika aku sedang berbasikal di waktu pagi2,nampak agak cantik jadi aku pon snap gambar ni.Wangsa Walk ni lah yang akhirnya berjaya memenangkan Wangsa Maju dan menewaskan kawasan-kawasan lain di pinggir Kuala Lumpur dari segi pembangunan.Damansara pon kalah la weh.Setakat OU tu xheran la nk lawan dengan kitorang nye Wangsa Walk.

Mula dibangunkan tak salah aku 2006,masa tu aku tgh blaja dekat UiTM lagi.Asal tempat ni lombong tapi tak tau la lombong ape.tapi kuari batu masih ada lagi dekat atas bukit sebelah Wangsa Walk ni.Masa zaman aku sekolah dulu(2000 - 2004), tempat ni memang takde jalan dan cuma tanah kosong yang berlubang2 je.Anjing liar punye la banyak kt kawasan ni.Siap boleh buat persatuan la aku rase.

Dibangunkan oleh pemaju Wangsa Maju iaitu Landmark Properties,akhirnya siap juga dan boleh dimasuki pada 2009.Kat dalam ni ada Pawagam GSC,Karaoke Superstar, Pasaraya Cold Storage dan pelbagai butik serta restoran fast food yang aneh2 juga aku tgk.Sebelah pulak dengan Pasaraya Carrefour dengan KFC /Pizza Hut Drive Through, memang penoh abes la tempat ni hujung minggu.

Kepada yang belom datang,mai la dtg sini.Mane2 yang kenal aku,roger2 la beb.rumah aku dekat je dgn Wangsa Walk ni..:)

Friday, June 10, 2011

Rampai Lake

Antara salah satu tinggalan tasik yang masih ada di Wangsa Maju, Tasik Sri Rampai ni adalah salah satu tempat rekreasi yang ada di daerah ni.Kalau diikutkan,ada berpuluh2 lg tasik ada kt Wangsa Maju ni terutamanya dekat Danau Kota.Tapi kebanyakannya dah ditimbus dan dibuat rumah kat atasnya.

Asalnya kawasan Wangsa Maju nadalah tempat lombong bijih timah dan ladang getah.Tapi semua tu dah tinggal kenangan sebab rasa mcm tak best la dekat KLCC ada ladang getah ye x.Bijih timah pon dah abis da.Ape la jadi dkt tokey2 getah ngn lombong bijih timah skarang ni yek.Agaknye da jadi jutawan kot.Mane taknye,tanah sini mahal kot.Rumah kt sini paling murah pon 80K.tu rumah flat buruk tu.kalo rumah dpt pandang KLCC harga automatik double sebab dapat tgk bunga api masa Merdeka dgn Tahun Baru.Kalau rumah teres mintak maaf la.xde 200k-250k mmg xdapat la kot.

Tapi apa pun,tasik ni memang best.kalau aku tensen2 mesti aku lepak sini tgk air tasik.Ramai yang mancing kat sini termasuk pakcik dalam gambar ni.tatau lak ikan ape ade dlm ni.Tgk da 2-3 jam xdapat pe pon.Ape pon,terima kasih kt kerajaan sebab majukan tasik ni dan bagi kemudahan utk aku lepak2 kt cni.korang pon kena gak terima kasih kt kerajaan tau..:)