
Diambil ketika aku sedang berbasikal di waktu pagi2,nampak agak cantik jadi aku pon snap gambar ni.Wangsa Walk ni lah yang akhirnya berjaya memenangkan Wangsa Maju dan menewaskan kawasan-kawasan lain di pinggir Kuala Lumpur dari segi pembangunan.Damansara pon kalah la weh.Setakat OU tu xheran la nk lawan dengan kitorang nye Wangsa Walk.
Mula dibangunkan tak salah aku 2006,masa tu aku tgh blaja dekat UiTM lagi.Asal tempat ni lombong tapi tak tau la lombong ape.tapi kuari batu masih ada lagi dekat atas bukit sebelah Wangsa Walk ni.Masa zaman aku sekolah dulu(2000 - 2004), tempat ni memang takde jalan dan cuma tanah kosong yang berlubang2 je.Anjing liar punye la banyak kt kawasan ni.Siap boleh buat persatuan la aku rase.
Dibangunkan oleh pemaju Wangsa Maju iaitu Landmark Properties,akhirnya siap juga dan boleh dimasuki pada 2009.Kat dalam ni ada Pawagam GSC,Karaoke Superstar, Pasaraya Cold Storage dan pelbagai butik serta restoran fast food yang aneh2 juga aku tgk.Sebelah pulak dengan Pasaraya Carrefour dengan KFC /Pizza Hut Drive Through, memang penoh abes la tempat ni hujung minggu.
Kepada yang belom datang,mai la dtg sini.Mane2 yang kenal aku,roger2 la beb.rumah aku dekat je dgn Wangsa Walk ni..:)
No comments:
Post a Comment